Mulakan pula kenangan Rengit Coffee
Mari kita tinggalkan memori Seri Costa
Dan sebagaimana aku katakan,
Dengarkan tuan suatu hikayat cinta
Mengarang daku dalam gundah gulana
Barangkali bahasaku kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna.
Sebelas.dua belas.tiga belas. Mula.
Sepetang ini kami di Rengit Coffee
Berteman secawan Cappucino panas
Dikala rintik hujan sederhana deras
Di hadapan gadis Melayu berkurung ungu.
Malu-malu dengan wajah yang ayu
Malu dalam seribu mahu
Simpuh dalam senyum
Kata hati, sendiri yang mengerti
Kata cinta, irama dalam jiwa
Wahai bidadari mimpi,
Izinkan aku berjanji dengan ikatan suci
Menemanimu di dunia penuh alpa
Memimpinmu ke jalan syurga
Menyayangimu sepenuh jiwa dan raga
Sayangku, gadis Melayu berkurung ungu
Antara cinta kita, ada Cinta Allah yang lebih tinggi
Antara rindu kita, rindu Allah dan Rasul lebih dulu
Maka, titipkan doa terbaik kita pada Maha Berkuasa.
No comments:
Post a Comment