Saturday, November 2, 2013

Memori Seri Costa

Seri Costa Hotel And Resort, Malacca, Malaysia

Puisi irama hati adalah lagu rindu 
Yang sering bertamu tanpa jemu

Seri Costa tempat bermula
Harum puspa mengharum jiwa
Semerbak cinta dan rasa
Yang datang entah dari mana
Entah mahu menuju ke mana

Waktu itu hari Rabu.
Gadis manis bertudung dan berkurung ungu
Senyum pertama menggoncang kalbu
Dan terhitunglah mimpi yang membunuh realiti
Dalam dunia nyata yang ada hanyalah syurga ilusi
Cinta pun bersemi dijantung kalbu

Hati terus berkata dan berkata 
Dengan bahasa yang tak bersuara
Dialah yang akan kujadikan ibu kepada zuriatku
Dialah yang akan kujadikan menantu kepada ayah ibu
Dialah yang akan kujadikan isteri dan teman hidupku
Dialah yang akan kupimpin ke syurga-Mu

Seri cinta, Seri Costa,
Terima kasih untuk rasa ini
Rasa cinta dengan tulus pada gadis yang manis
Indah dengan dengan segala madah yang tak tertulis 

Dan pula dari kemudian itu
Aku ingin mencintainya dengan sederhana
Biarlah rinduku bisu dengan cinta tanpa kata
Seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api
Seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan

Jika mentari masih terbit esok hari
Pastilah disini bukan akhir cinta kita
Dalam istikharah hamba pasrah
Andai tertulis jodoh pertemuan kita
Sebagaimana di Lauh Mahfuz sana
Serahkan semua, dan tersenyumlah
Kerana Allah jua tempat berserah




No comments:

Post a Comment