Saturday, December 24, 2011

Value of Photography...

Ini entry simple tak pakai protokol. Tiada takde mood nak buat ayat bunga-bunga.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.

Sekilas riak air pun tiba-tiba berkocak lantaran renang seekor katak. Intro xde kene-mengena..Haha.

Saje sebenarnya tengah bosan-bosan jalan kat blog orang terjumpa pula article ini yang berkata tentang sekeping gambar yang rupanya macam ni;

(Credit to; Andres Gursky’s Rhine II)
klik disini untuk link sebenar




Singkat cerita, article tersebut telah memberitahu bahwa harga gambar ni adalah $4.3 million. Million dollar. Kalau tengok rate sekarang convert dollar ke ringgit adalah dalam RM 13 570 804.00. Sangat mahal kan? Aku pun tak paham kenapa gambar ni mahal. Kan.

Fikir balik. Gambar ini ada komponen originality, composition, check&balance, moment, dan nilai seni yang cantik. Sekarang kita cakap pasal moment dan nilai seni yang cantik. Taknak cerita pasal originality, composition, check&balance. Lain kali, Insyallah.

Moment - an indefinitely short period of time; instant.
Suatu kesempatan yang hanya sekejap. Sekejap gila. Lebih cepat dari sekelip mata. Lebih cepat dari kecepatan shutter 1/64000 sec. Apakah itu suatu waktu, peluang, kenangan, atau ape-ape jela... Lebih tepat kalau aku gunakan precious moment sebenarnya. Kalau anda seorang fotografer yang terer mesti anda dapat hubungkan precious moment dengan timing... Gambar yang di snap pada waktu-waktu penting dan kritikal mesti anda rasa gambar tu macam mahal. Apatah lagi kalau sekeping gambar itu boleh memberikan kenangan sepanjang zaman. Ada sentimental value gitu. Waaw!!! Mahal. Kan. 

Macam tulah jugak dalam hidup. Kita hanya dapat peluang sekali jer untuk hidup. Jadi gunakan sebaik-baiknya. Subhannallah, Maha Suci Tuhan yang menciptakan...
 
Mungkin nilai seni yang cantik itu membuatkan harga gambar ni mahal. Yer, nilai seni yang cantik  itu memang susah nak difahami. Nilai itu bukan harga. As the title of this post using the "value" not "price"... Pergh...English beb...

Mungkin kita tak paham apa itu seni. Nilai seni yang cantik itu sesuatu yang subjektif. Malas nak terang panjang lebar sebab aku pun dah pening kepala camne nak bagi korang paham. Yang penting subjektif itu kompleks. Contoh mudah. Katakan kita suka pada seorang perempuan sebab dia cantik. Cantik kan subjektif.  Pastu kita tanya kat kawan kita macam ni; "Lu rasa cantik tak gua punya bunga ini?"... Pastu boleh pulak kan kawan kita tu jawab camni; "Takde la cantik mane bunga lu itu, der. Biase saja...". Hah, rase cam nak pelempang... Tapi kita kena ingat, setiap orang itu pandangan dia beza-beza. Bagi kita elok, tapi belum tentu bagi orang lain baik.

Dalam bab lain misalnya,  kita kata sesuatu perkara itu baik tapi Allah kata tak baik.  Kan dalam Quran ada ayat yang berbunyi; 
“Ada sesuatu perkara yang kamu rasa baik untukmu tetapi itu membawa keburukan kepadamu. Ada pula perkara yang kamu tidak suka padahal ia membawa kebaikan kepadamu. Kamu tidak mengetahui, Allah jua yang lebih mengetahui.”      (Al-Baqarah; 216)
Sesuatu menurut kita baik, belum tentu pada Allah ia baik. Boleh jadi sesuatu menurut kita tidak baik tetapi di sisi Allah ia baik... Syukuri apa yang ada, relakan apa yang tiada; kerana Allah akan hanya memberikan anugerah terbaik kepada hamba-hambaNya, dan pada ketika Dia tidak memberi apa yang hambaNya meminta, itulah juga yang tebaik buat seorang sahaya...Sungguh Allah Maha Adil, lagi Maha Mengetahui segala urusan hambaNya.

Syukur. Tercapai gak hasrat di hati. Sebenarnya lama sudah nak mencarut mengarut pasal fotografi ni tapi selalu takde masa. Cewah!!!...Yang sebenar, aku adalah seorang fotografer kelas beginner. Ambik gambar sekadar suka-suka.  Kadang-kadang bawak lens dengan kamera pergi jalan memana. Snap sana-sini, shoot itu dan ini. Tapi sebenarnya aku sangat suka gambar serangga dan bunga. Bukan bunga-bunga cinta yer... Foto makrolah, bak orang kata. Kalau rajin, cuaca pun bagus kekadang aku layan sunset dengan landscape. Gambar pemandangan gitu. Tengok keadaan. Tapi sorry, pre-wed&modelling photography saya tak layan. Dosa.

Akhir kata, maaf yer kawan-kawan, kakak-kakak dan pakcik-makcik... Arini bahasa saya kurang sopan. Sekian sudah untuk kali ini. Wassalam.  

No comments:

Post a Comment