Sebelum kisah bermula, mintak maaf awal-awal yer. Lama sudah tak update blog... Kepada tak berkenan di hati, sila abaikan blogpost ini... Sekian, terima kasih. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Puja dan puji pada Ilahi.
Aku mensyukuri segala nikmat yang diberi, tanpa kecuali.
Sungguh aku berjanji sehingga akhir nanti; hidup matiku, amal ibadatku, dunia dan segala urusan sesudahnya aku serahkan pada-Mu, Rabbi... Selawat salam buat Muhammad S.A.W; rasul pujaan hati.
15/08/ 2011 - 24/09/2011; Dept. Of Forensic &Medicolegal
Pantas sungguh masa berlalu. Cuti dua minggu menyambut awal Ramadhan bersama ayah bonda tidak berasa. Apatah lagi terpaksa menyambut Aidilfitri di luar negeri, sungguh sebak di hati.
Diam tak diam dah final year. Maka, dengan lekas aku memulakan langkah baru dengan semangat yang tidak berapa hangat menginjakkan kaki ke Dept. Forensic & Medicolegal. Seperti selalu, hari pertama di Dept baru akan ada sesi suai kenal dan adaptasi. Dijelaskan undang-undang dan hukum yang berlaku pada wilayah setempat. Menurut kitab hukum Dept Forensik ini, tepat pukul 8.00 WITA setiap hari akan bermula sesi absensi(attendence). Dilanjutkan dengan acara diskusi, morning report, dan kelas teori. Tiada kelas tari-menari di sini.
Topik-topik yang menjadi bahan diskusi termasuklah Hippocrates Oath, duty of a doctor, fundamental of pathology, proximus mortis, thanatology, visum et repertum, autopsy, evidence based of traumatology, toxicology, criminology, forensic psychology, forensic photography, sexology, law terminology dan macam-macam -loji -logy lah.
Cukuplah sudah untuk plot pendahuluan, mari kita lanjutkan lagi ke bagian isi-isi penting;
Selesai dengan teori, minggu ke-4 di Dept ini merupakan aplikasi ilmu dalam dunia realiti. Diberi amanah sebagai saksi ahli memang perlu hati-hati. Ekstra teliti supaya tidak menjerat diri sendiri lantaran semua hal yang berkaitan undang-undang pengadilan mahkamah tinggi amat penting di sini. Setiap orang boleh jadi saksi, setiap benda bisa boleh jadi bukti, wa'ima sel sperma dan rerantai genetik- DNA sekalipun. Saksi-saksi bisu dan kelu semuanya diperiksa luar dan dalam, lalu dihuraikan hujahnya satu per satu. Begitulah forensik memainkan peranan untuk mengungkapkan kebenaran demi kepentingan keadilan.Yang perlu dibuat cukup mudah; standby siang dan malam menunggu pegawai polis@detektif bawa surat permintaan pemeriksaan korban. Bila surat sudah ditangan, korban(hidup atau mati) sudah di perbaringan, maka pemeriksaan pun dijalankan. Tidak dilupakan sesi bergambar. Gambar bukti sebab hakim jatuhkan hukuman berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan benar. Dilanjutkan pula dengan sesi membuat laporan bertulis. Deskripsi bukti, yang selalu buat sakit hati sebab kena betulkan berkali-kali.
Dalam masa posting adalah jugak kena buat Visum et Repertum mangsa tikam, mangsa rogol, korban pembunuhan, luka tusuk, luka tembak, kepala pecah, hati berdarah, robekan selaput dara, dll.... Tapi rasa macam malas nak share... Maaflah yer kawan-kawan, pengalaman tersebut tidak dapat disertakan dalam blogpost ini demi menjaga maruah dan kehormatan sesama insan. Kang melanggar etika Rahsia Kedokteran pulak... Harap paham...
Picture; Credit to Mr. Paan... |
Tempat tugas di Dept ini adalah sebuah ruangan dalam Rumah Mayat. 'Ruang Dokter Jaga' namanya. Dilengkapi dengan tiga meja, dua tempat tidur, satu tandas, satu kipas dan satu aircond rosak. Beraromakan formalin semerbak dari ruang pengawetan. Bertemankan bunyi mesin almari pendingin di ruang jenazah dan sahut-menyahut suara cicak. Mula-mula rasa cuak la jugak. Tapi bila dah rasa tidur yang paling nenyak, bangun pun taknak. Memang diakui, inilah tempat paling best dalam dunia untuk tidur yang berkualiti. Jauh dari riuh, damai dan tenang. Ada macam-macam cerita, nampak ini dan itu. Entah betul entahkan tidak sebab sepanjang pengalaman di tempat ini, tiada benda pelik-pelik berlaku. Allah jua yang Maha Berkuasa dan mengetahui tiap sesuatu...
Yang paling best dalam posting ni adalah autopsy. Bedah-membedah mayat... Nak kata best takdelah sangat... Nak cerita banyak pun tak guna, nak tunjuk gambar pun tak boleh...Haish, ambil pengajaran je sudah... Bukan setakat tengok-tengok je kalau ada autopsy, kena pegang-pegang jugak. Sepanjang procedure berjalan, sedikit demi sedikit hilang semua rasa sombong dan takabbur. Segalanya luntur. Diri terasa lemah tanpa daya. Rasa macam kepala kena hantuk kat dinding sebab kadang-kadang lupa hebat mana pun kita, suatu hari kita pasti mati. Marilah kita selalu menjadi hamba kepada yang Maha Kuasa... Memang benarlah firman Allah di dalam kitabnya;
" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."-Surah al-Baqarah, ayat 185-
Akhirul kalam, hayat dan dunia hanya sementara. Destinasi kita pasti dan segala yang ada akan ditinggal pergi. Sebelum sekujur tubuh kaku dan sepi, ingin aku titipkan pesan-pesan jihad buatmu teman. Cukuplah Allah sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai rasul penunjuk jalan. Indahkan harimu dengan alunan Qur'an. Jauhilah munkar, dan buatlah sentiasa amal kebaikan. Marilah bersama kita perjuangkan syahid di jalan kebenaran, wahai teman... Sungguh janji Allah itu pasti, buat orang-orang yang sabar dan berusaha tanpa henti.
Tamat sudah cerita di Dept. Forensic ini. Mana yang baik jadikan teladan, yang tak baik sila tinggalkan. Sekian, wasalam...
No comments:
Post a Comment