Thursday, May 26, 2011

tiba-tiba hati membentak dan berontak...jiwa merasa terhenyak, terhentak dan tersentak...tapi kita hanya insan lemah yg tak mampu berbuat byk...pasrah, ikhlas dan redha jela...=)

Sunday, May 8, 2011

Bachelor Grand Dinner

07/05/2011 - Aryaduta

After all, we have not being together for a while since the pack schedule task. But, last night was a great moment. Eating, talking, joking, and sharing few great things - its all about man's things...(malas nak cerita panjang2, usya jela gambar2 nih)...

This is our eldest brother - Ruq ...(garang dan ganas kan??)
Sebelah dia adalah assistant kanan - Kaduk...


This is Adam with Tom Yam...

Daus and Zizan (bukan pasangan gay, okay!!!)

Adam & Paan (cam adik beradik kan??)

This is Baby Din...(comel kan??)

Din jugak...In the back - Rashid The Coolest...

Kadang2 Daus(aku) memang cam sengal gak...


Then, come a relief for those worst day...
Alhamdulillah...=)

Tuesday, May 3, 2011

Thousand Miles Of Internal Medicine...

Segala puji-pujian bagi Allah. Dan adalah Ia pada yang asal, Dia ialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa adaNya, dan tiada sesuatu jua pun kemudian. Dijadikan-Nya segala makhluk, maka akan dikembalikan pula kepadaNya. Naik saksi aku bahawasanya tiada Tuhan selain Allah maha Esa, dan tiada sekutu bagiNya. Bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya, lagi pesuruhNya.

Dan sebagaimana aku katakan,
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang daku di dalam gundah gulana
Barangkali bahasaku kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna...
*(Gurindam Pasal 5 bahagian Gurindam Dua Belas nukilan Raja Ali Haji)

Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya; dan suatu masa bahawa fakir ini telah melalui suatu pengalaman. Pada antara itu, hematnya mengatakan barang kita kongsikan kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala orang yang kemudian, dan boleh diingatkan segala mereka itu. Dan adalah semoga beroleh faedah ia daripadanya.

A' lam ketahui olehmu pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, telah ia melalui perjalanan kurang lebih dua purnama dan setengah di tempat yang bernama Dept. of Internal Medicine. Adapun didalam perjalanan ini terkandung banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan apatah lagi menjadi barang dagangan. Arakian tersebutlah bahawa di dalam pengembaraan yang panjang ini terdapat banyak ilmu-ilmu tiada ternilai harganya.

Dan daripada itu tersebutlah pula bahawa telah diperturunkan kepada dirinya ilmu-ilmu rahsia kitab perobatan penyakit dalam. Adapun ilmu ini adalah bagian dari alam perobatan yang menangani diagnosis dan penanganan organ dalaman tanpa bedah pada pesakit yang telah dewasa. Ketahui olehmu bahawa, di dalam ilmu penyakit dalam itu terkandung pula bermacam jurus dan bunga-bunganya. Yaitulah kardiologi, berurusan ia dengan gangguan jantung dan pembuluh darah; Endokrinologi, berurusan ia dengan gangguan sistem endokrin yang spesifiknya disebut hormon; Gastroenterohepatologi, berhubungan dengan bidang penyakit sistem pencernaan manusia; Hematologi, berkaitan dengan darah, organ pembentuk dan gangguannya; Infeksi dan Penyakit menular, berkaitan pula akan dirinya dengan penyakit yang disebabkan oleh agen biologis seperti virus, bakteri atau parasit dan semacam dengannya; Onkologi medik, berurusan dengan studi dan perawatan tumor dan cancer; Nefrologi, berkaitlah ia dengan fungsi dan penyakit ginjal; Pulmonologi, adalah pula bahagian penyakit paru-paru dan jalur pernafasan. Disudahilah akan semuanya itu dengan Reumatologi, tercurah ke diagnosis dan terapi penyakit rematik dan sendi. Maka akan terlalu banyak dan luas alam ilmu penyakit dalam ini, dan ada pula memberi gelar Interna akan ia.

Al-kisah, dalam masa purnama yang pertama itu pergilah fakir empunya ceritera ke tempat banyak orang-orang yang menderita sakit, Labuang Baji namanya. Daif sungguh pada keadaannya. Sampah dan najis ada dimana-mana. Semerbak bau menusuk. Tiadalah tahan akan dirinya. Sedih jiwa dan raga. Tambah pilu hatinya berkata tatkala malam pun tiba, ramai pula yang bergelandangan tidur di jalan-jalan menanti keluarga di ranjang perawatan. Beralaskan lantai dan apa adanya. Itulah kenyataan. Ditambah pula perawat-perawat yang pelik perangainya semua. Ada yang berlagak seperti raja, malas mahu bekerja. Tetapi ada pula antara mereka yang terlalulah elok budi pekertinya. Molek pula bahasanya.

Dini hari di waktu pagi, pawana menjelma. Bermulalah segalanya. Berbekal Littmann sang stetoskop hikmat, memeriksa dan memberi obat. Dan ketika tiada pasti, bertanyalah akan dirinya kepada dokter yang lebih tua. Setelah kemudian itu, diajarlah tentang beberapa perkara. Diperturunkan pesan dan rahsia khazanah perubatan. Selesai sudah, sebelah petang dan malam akan dirinya berjaga pula. Menerima gerangan penderita datang dari kejauhan atau barang keluhan. Begitulah seterusnya untuk barang satu purnama.

Kata sahibul hikayat, maka pada ketika itu tatkala dirinya menjalankan amanah tugasnya itu, ada seorang perempuan sakit menderita. Sangatlah parah akan keadaannya. Bernama penyakitnya itu ketoasidosis, yang demikian kata bijak pandai krisis gula pada darah puncanya. Nafasnya tersangatlah cepat, selayaknya Kussmaul. Beraroma keton seperti buah. Keringat dingin membasahi tubuhnya itu. Teramat gawatlah perempuan itu untuk beberapa ketika. Diguyur sudah, di infus sudah, di beri insulin juga sudah. Segala yang termaktub dalam kitab ilmu penyakit dalam diamalkan juga. Hanya giliran doa dan tawakal sebagai usaha. Dan ikhtiar terakhir tersuratlah CPR untuk beberapa ketika sehinggalah pasti pupil-pupil midriasis itu tidak lagi bereaksi akan cahaya, tekanan darahnya tidak terukur, nadinya juga tidak teraba, tiada berbalas pula bunyi nafasnya. Auskultasi hampa dengan degup jantung tiada. Maka, Rabbul Jalal juga yang Maha Berkuasa atas hambaNya. Pergilah perempuan itu buat selama-lamanya. Tidaklah tahu bagaimana perasaan empunya ceritera ketika terpaksa memberitahu ahli keluarga akan perkhabaran kematian itu. Syukurlah baik-baik akhirnya.

Arakian kemudian dari itu berpergianlah pula akan empunya ceritera ke tempat orang sakit yang baru, tanahnya berdaulah Islam, Faisal pula orang-orang memberi nama. Adapun tempat ini adalah ihsan kerajaan Saudi Arabia nun jauh di sana. Dan di sini pula bertemu pula akan dirinya akan orang sakit yang tidaklah dapat menggerakkan sendiri kaki tangannya. Riwayat dan hikayat yang berkenaan itu menyebutlah akan dia akan penyakit yang diderita. Periodic Paralysis Thyrotoxicosis gelarnya. Setelah darahnya di periksa ternyata kurang pada kandungan elektrolitnya. Tertegaklah diagnosis. Diberi obat penawar sakti dan diperbaiki keadaannya itu, maka dapatlah ia berjalan seperti semula.

Syahadan, dari sekian banyaknya orang-orang yang sakit itu ada seorang ayah yang amatlah kasihan akan dia. Adapun ketika waktu berjaga-jaga itu mengeluh akan dia bahawa sesak terdesak untuk bernafas dapatlah tidak. Berdampinglah empunya cerita dengan orang sakit yang disebutkan itu. Dilihat akan keadaannya itu, lantas hati empunya ceritera berkata bahawa semoga Allah bersama-samanya. Dari lembaran hitam sinar-X yang telah menembus dadanya, dimaklumi bahawa adapun paru-paru orang yang sakit itu musnah sudah. Hancur dan luluh akan ia. Destroyed Lung kata para sarjana.Pekhabaran keadaan itu segera pula dilaporkan kepada tetuanya. Pastilah sudah buat ke-sekian kalinya terpaksa akur pasrah menyerah. Kalah sebagai wajib seorang hamba merasa lemah. Empunya ceritera menganjurkan kalimah syahadah seraya memberi kata-kata tabah walau jiwanya goyah. Memandanglah isterinya yang hamil dan anak-anaknya itu dengan mata berkaca-kaca. Berbisiklah syahadah sang isteri pada suaminya menemani akhir hidupnya. Akan anak-anaknya itu memeluk erat tubuh lemah sang ayah tercinta. Apakan daya, segalanya tersurat sudah. Berpisahlah mereka buat selama-lamanya. Al- fatihah jua hadiah buat dirinya.

Dan kemudian dari itu, adalah pula seorang wanita dirawat pula akan dia dengan multiple organ failure. Maklumlah akan kalian yang membaca bagaimana kisahnya bersudah. Moga insaf dan taubat beraja di hati sesunguhnya kita semua hamba yang lemah, benarlah firman Allah di dalam kitabnya;

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
Al-Ankabut 29:57

Biduk berlalu, kiambang bertaut. Adapun purnama berikutnya pulanglah kembali akan tuan punya blog ini ke pangkuan Wahidin tercinta. Setiap hari mencari pasti tekanan darah gerangan orang yang datang berobat. Bertanyakan barang apa ada masalah akan mereka. Dan di antara mereka-mereka itu banyak pula tinggi darah dan gulanya. Begitulah untuk beberapa ketika perjalanan hidup yang berliku-liku. Terkadang bersulam marah, terkadang terkena maki. Patah sayap kan bertongkat paruh, daka-daki ku daki jua. Moga Allah permudahkan jalan buat kita semua. Dan ingatlah bahawa dalam cita-cita mencari dunia, akhirat jangan dilupa. Moga syurga sentiasa menanti hamba yang sentiasa berjuang akan ia.

Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab. Tamat sudah kisah hikayat perjalanan diri itulah adanya. Gelarnya seorang Dokter Muda yang menyurat ini. Sekian, moga beroleh kita manfaat darinya. Bersama hembusan rindu dari Mangkasara' Bumi Karaeng. Wasalam.

Daus M.D.
5 Mei 2011

The Early Days

11/10/ 2010 - Dept. Of Radiology & Diagnostic Imaging

Awal pagi, aku keluar dari rumah dengan berbekal doa. Memulakan langkah baru di hari pertama menjalani tahapan klinikal, aku tidak tahu harus berbuat apa dan harus bagaimana. Aku pasrah. Sedia aku menanti. Dalam debar semangat yang berkobar-kobar, aku melihat kelibat berbaju putih mendekat. Aish, bahaya...

Blurr...Tidak tahu ingin berkata apa...Aku hanya duduk dan tunduk mendiamkan diri. Seseorang telah berdiri di hadapan ruangan memberi salam dan lantas memulakan kata-kata. Menerangkan aturan dan kegiatan yang harus aku jalani. Aku kurang jelas tapi apa yang pasti aku akan berada di sini selama 3 minggu... Ucapan perkenalan itu selesai dan kepingan- kepingan hitam satu-persatu bergantian diletakkan di kotak cahaya. Kelas bimbingan teori pun bermula..

Filem X-ray sudah di depan mata, menandakan perjuangan sudah bermula. Dengan skemanya, aku menumpukan titik fokus ke kotak cahaya(light box) itu... Berawal dengan sejarah X-ray, apa gunanya, apa pentingnya, proses pembuatan dan pemprosesan filem, dan bagaimana X-ray diinterprestasikan, sehinggalah sampai ke sesi diskusi...Bertanya jawab apa yang tidak pasti...Selesai sudah bahagian teori...

Selanjutnya, aku dan kawan-kawan pergi pula ke ruangan baca foto. Di sini, Light box memenuhi seluruh ruangan. Dokter-dokter duduk dihadapan filem-filem X-ray. Ada kira-kira 16 station semuanya...4 daripadanya adalah CT-scan... Setiap hari ratusan lembar X-ray harus di baca. Di sahkan normal atau tidak. Sesugguhnya itu bukan hal yang mudah...Aku duduk bersama dokter di salah satu station itu dan sama-sama membaca foto.

Mulanya aku tengok semua X-ray sama... Tapi lama-lama barulah aku faham dengan X-ray sahaja tanpa melihat patient kita boleh tahu apa sakit dia. Contoh, ada patient TB(Tuberculosis) yang kita cari pada X-ray Thorax adalah Ghon focus, consolidation, dan cavitation... Dengan benda-benda tersebut dapatlah ia menjadi penunjang kepada diagnosis. Setiap penyakit ada ciri khas bergantung kepada patologinya. Bukan setakat TB sahaja, ada pneumonia, pnemothorax, atelectasis, dan banyak lagi la...

Hari-hari seterusnya, aku belajar tentang X-ray abdomen, tulang-belulang, tengkorak, dan lain-lain. Minggu kedua, diajar bagaimana prosedur pengambilan foto, penggunaan kontras, USG, CT-scan dan MRI. Ikutlah radiographer buat kerja. Minggu ketiga, belajar tentang radiotherapy. Patient cancer yang dirawat menggunakan X-ray. Boleh tahan menarik juga.

Begitulah adanya cerita tiga minggu pertama aku bergelar Dokter Muda... Sekian...Moga bermanfaat adanya...

Wasalam...