Credit to; Rashid Radzif |
Wednesday, December 28, 2011
Saturday, December 24, 2011
Value of Photography...
Ini entry simple tak pakai protokol. Tiada takde mood nak buat ayat bunga-bunga.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t.
Sekilas riak air pun tiba-tiba berkocak lantaran renang seekor katak. Intro xde kene-mengena..Haha.
Saje sebenarnya tengah bosan-bosan jalan kat blog orang terjumpa pula article ini yang berkata tentang sekeping gambar yang rupanya macam ni;
|
Fikir balik. Gambar ini ada komponen originality, composition, check&balance, moment, dan nilai seni yang cantik. Sekarang kita cakap pasal moment dan nilai seni yang cantik. Taknak cerita pasal originality, composition, check&balance. Lain kali, Insyallah.
Moment - an indefinitely short period of time; instant.
Suatu kesempatan yang hanya sekejap. Sekejap gila. Lebih cepat dari sekelip mata. Lebih cepat dari kecepatan shutter 1/64000 sec. Apakah itu suatu waktu, peluang, kenangan, atau ape-ape jela... Lebih tepat kalau aku gunakan precious moment sebenarnya. Kalau anda seorang fotografer yang terer mesti anda dapat hubungkan precious moment dengan timing... Gambar yang di snap pada waktu-waktu penting dan kritikal mesti anda rasa gambar tu macam mahal. Apatah lagi kalau sekeping gambar itu boleh memberikan kenangan sepanjang zaman. Ada sentimental value gitu. Waaw!!! Mahal. Kan.
Macam tulah jugak dalam hidup. Kita hanya dapat peluang sekali jer untuk hidup. Jadi gunakan sebaik-baiknya. Subhannallah, Maha Suci Tuhan yang menciptakan...
Mungkin nilai seni yang cantik itu membuatkan harga gambar ni mahal. Yer, nilai seni yang cantik itu memang susah nak difahami. Nilai itu bukan harga. As the title of this post using the "value" not "price"... Pergh...English beb...
Mungkin kita tak paham apa itu seni. Nilai seni yang cantik itu sesuatu yang subjektif. Malas nak terang panjang lebar sebab aku pun dah pening kepala camne nak bagi korang paham. Yang penting subjektif itu kompleks. Contoh mudah. Katakan kita suka pada seorang perempuan sebab dia cantik. Cantik kan subjektif. Pastu kita tanya kat kawan kita macam ni; "Lu rasa cantik tak gua punya bunga ini?"... Pastu boleh pulak kan kawan kita tu jawab camni; "Takde la cantik mane bunga lu itu, der. Biase saja...". Hah, rase cam nak pelempang... Tapi kita kena ingat, setiap orang itu pandangan dia beza-beza. Bagi kita elok, tapi belum tentu bagi orang lain baik.
Dalam bab lain misalnya, kita kata sesuatu perkara itu baik tapi Allah kata tak baik. Kan dalam Quran ada ayat yang berbunyi;
“Ada sesuatu perkara yang kamu rasa baik untukmu tetapi itu membawa keburukan kepadamu. Ada pula perkara yang kamu tidak suka padahal ia membawa kebaikan kepadamu. Kamu tidak mengetahui, Allah jua yang lebih mengetahui.” (Al-Baqarah; 216)
Sesuatu menurut kita baik, belum tentu pada Allah ia baik. Boleh jadi sesuatu menurut kita tidak baik tetapi di sisi Allah ia baik... Syukuri apa yang ada, relakan apa yang tiada; kerana Allah akan hanya memberikan anugerah terbaik kepada hamba-hambaNya, dan pada ketika Dia tidak memberi apa yang hambaNya meminta, itulah juga yang tebaik buat seorang sahaya...Sungguh Allah Maha Adil, lagi Maha Mengetahui segala urusan hambaNya.
Syukur. Tercapai gak hasrat di hati. Sebenarnya lama sudah nak mencarut mengarut pasal fotografi ni tapi selalu takde masa. Cewah!!!...Yang sebenar, aku adalah seorang fotografer kelas beginner. Ambik gambar sekadar suka-suka. Kadang-kadang bawak lens dengan kamera pergi jalan memana. Snap sana-sini, shoot itu dan ini. Tapi sebenarnya aku sangat suka gambar serangga dan bunga. Bukan bunga-bunga cinta yer... Foto makrolah, bak orang kata. Kalau rajin, cuaca pun bagus kekadang aku layan sunset dengan landscape. Gambar pemandangan gitu. Tengok keadaan. Tapi sorry, pre-wed&modelling photography saya tak layan. Dosa.
Akhir kata, maaf yer kawan-kawan, kakak-kakak dan pakcik-makcik... Arini bahasa saya kurang sopan. Sekian sudah untuk kali ini. Wassalam.
Thursday, December 1, 2011
Untold Story: Forensic &Medicolegal ...
Sebelum kisah bermula, mintak maaf awal-awal yer. Lama sudah tak update blog... Kepada tak berkenan di hati, sila abaikan blogpost ini... Sekian, terima kasih. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Puja dan puji pada Ilahi.
Aku mensyukuri segala nikmat yang diberi, tanpa kecuali.
Sungguh aku berjanji sehingga akhir nanti; hidup matiku, amal ibadatku, dunia dan segala urusan sesudahnya aku serahkan pada-Mu, Rabbi... Selawat salam buat Muhammad S.A.W; rasul pujaan hati.
15/08/ 2011 - 24/09/2011; Dept. Of Forensic &Medicolegal
Pantas sungguh masa berlalu. Cuti dua minggu menyambut awal Ramadhan bersama ayah bonda tidak berasa. Apatah lagi terpaksa menyambut Aidilfitri di luar negeri, sungguh sebak di hati.
Diam tak diam dah final year. Maka, dengan lekas aku memulakan langkah baru dengan semangat yang tidak berapa hangat menginjakkan kaki ke Dept. Forensic & Medicolegal. Seperti selalu, hari pertama di Dept baru akan ada sesi suai kenal dan adaptasi. Dijelaskan undang-undang dan hukum yang berlaku pada wilayah setempat. Menurut kitab hukum Dept Forensik ini, tepat pukul 8.00 WITA setiap hari akan bermula sesi absensi(attendence). Dilanjutkan dengan acara diskusi, morning report, dan kelas teori. Tiada kelas tari-menari di sini.
Topik-topik yang menjadi bahan diskusi termasuklah Hippocrates Oath, duty of a doctor, fundamental of pathology, proximus mortis, thanatology, visum et repertum, autopsy, evidence based of traumatology, toxicology, criminology, forensic psychology, forensic photography, sexology, law terminology dan macam-macam -loji -logy lah.
Cukuplah sudah untuk plot pendahuluan, mari kita lanjutkan lagi ke bagian isi-isi penting;
Selesai dengan teori, minggu ke-4 di Dept ini merupakan aplikasi ilmu dalam dunia realiti. Diberi amanah sebagai saksi ahli memang perlu hati-hati. Ekstra teliti supaya tidak menjerat diri sendiri lantaran semua hal yang berkaitan undang-undang pengadilan mahkamah tinggi amat penting di sini. Setiap orang boleh jadi saksi, setiap benda bisa boleh jadi bukti, wa'ima sel sperma dan rerantai genetik- DNA sekalipun. Saksi-saksi bisu dan kelu semuanya diperiksa luar dan dalam, lalu dihuraikan hujahnya satu per satu. Begitulah forensik memainkan peranan untuk mengungkapkan kebenaran demi kepentingan keadilan.Yang perlu dibuat cukup mudah; standby siang dan malam menunggu pegawai polis@detektif bawa surat permintaan pemeriksaan korban. Bila surat sudah ditangan, korban(hidup atau mati) sudah di perbaringan, maka pemeriksaan pun dijalankan. Tidak dilupakan sesi bergambar. Gambar bukti sebab hakim jatuhkan hukuman berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan benar. Dilanjutkan pula dengan sesi membuat laporan bertulis. Deskripsi bukti, yang selalu buat sakit hati sebab kena betulkan berkali-kali.
Dalam masa posting adalah jugak kena buat Visum et Repertum mangsa tikam, mangsa rogol, korban pembunuhan, luka tusuk, luka tembak, kepala pecah, hati berdarah, robekan selaput dara, dll.... Tapi rasa macam malas nak share... Maaflah yer kawan-kawan, pengalaman tersebut tidak dapat disertakan dalam blogpost ini demi menjaga maruah dan kehormatan sesama insan. Kang melanggar etika Rahsia Kedokteran pulak... Harap paham...
Picture; Credit to Mr. Paan... |
Tempat tugas di Dept ini adalah sebuah ruangan dalam Rumah Mayat. 'Ruang Dokter Jaga' namanya. Dilengkapi dengan tiga meja, dua tempat tidur, satu tandas, satu kipas dan satu aircond rosak. Beraromakan formalin semerbak dari ruang pengawetan. Bertemankan bunyi mesin almari pendingin di ruang jenazah dan sahut-menyahut suara cicak. Mula-mula rasa cuak la jugak. Tapi bila dah rasa tidur yang paling nenyak, bangun pun taknak. Memang diakui, inilah tempat paling best dalam dunia untuk tidur yang berkualiti. Jauh dari riuh, damai dan tenang. Ada macam-macam cerita, nampak ini dan itu. Entah betul entahkan tidak sebab sepanjang pengalaman di tempat ini, tiada benda pelik-pelik berlaku. Allah jua yang Maha Berkuasa dan mengetahui tiap sesuatu...
Yang paling best dalam posting ni adalah autopsy. Bedah-membedah mayat... Nak kata best takdelah sangat... Nak cerita banyak pun tak guna, nak tunjuk gambar pun tak boleh...Haish, ambil pengajaran je sudah... Bukan setakat tengok-tengok je kalau ada autopsy, kena pegang-pegang jugak. Sepanjang procedure berjalan, sedikit demi sedikit hilang semua rasa sombong dan takabbur. Segalanya luntur. Diri terasa lemah tanpa daya. Rasa macam kepala kena hantuk kat dinding sebab kadang-kadang lupa hebat mana pun kita, suatu hari kita pasti mati. Marilah kita selalu menjadi hamba kepada yang Maha Kuasa... Memang benarlah firman Allah di dalam kitabnya;
" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."-Surah al-Baqarah, ayat 185-
Akhirul kalam, hayat dan dunia hanya sementara. Destinasi kita pasti dan segala yang ada akan ditinggal pergi. Sebelum sekujur tubuh kaku dan sepi, ingin aku titipkan pesan-pesan jihad buatmu teman. Cukuplah Allah sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai rasul penunjuk jalan. Indahkan harimu dengan alunan Qur'an. Jauhilah munkar, dan buatlah sentiasa amal kebaikan. Marilah bersama kita perjuangkan syahid di jalan kebenaran, wahai teman... Sungguh janji Allah itu pasti, buat orang-orang yang sabar dan berusaha tanpa henti.
Tamat sudah cerita di Dept. Forensic ini. Mana yang baik jadikan teladan, yang tak baik sila tinggalkan. Sekian, wasalam...
Wednesday, August 31, 2011
Edisi Khas; Lebaran Di Perantauan 1432H
Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!
Allahu Akbar Wa Lillahilhamd...
Allahu Akbar Wa Lillahilhamd...
Gema Takbir menyapa penjuru semesta mengawali Syawal ini, dan melambai pergi perjuangan Ramadhan yang tidak pasti akan kembali... Segala yang ada di segenap jagat raya memuji- memuja Raja Sekalian Hamba. Makhluk rimba maupun kota dalam redha hati mengakui kebesaran dan keagungan Rabbul Jalal yang Maha kekal... Selawat salam buat Rasullah penunjuk jalan kebenaran...
Sayu, dalam sendu berlagu rindu... Kalimat keramat itu meniti dari bibir ke bibir seiring air mata anak rantau jatuh mengalir. Ketika insan lain menyambut hari raya bersama ayah, bonda dan keluarga tercinta kami di tanah asing tidak mencium tangan-tangan orang tua. Hanya berteman kawan dan taulan menyambut lebaran di perantauan. Kami teguh dalam suatu komuniti meraikan Aidilfitri buat mengubat duka lara hati sesama sendiri... Berdikari di atas kaki sendiri...
Perjuangan untuk menggegam ijazah memanglah tidak mudah. Menumpang di bumi orang, mencari jalan yang terang. Kerana ilmu kami di sini. Moga Allah permudahkan jalan dan urusan dunia ini... Amin.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Taknak cakap banyak sebab dah rasa sebak ni. Biarlah gambar yang bicara...=)
Junior 1st year yang baru datang dapat job bakar lemang pada petang raye.... |
Setel part bakar lemang, skang time maen mercun dan bunga api...Meriam2 xde... |
Solat Eid berjemaah dan khutbah (mane ade sembahyang raye sorang2 kan...) |
Muka khusyuk dengar khutbah raye... |
Makan2...Ketupat, rendang, kuah kacang, lemang semuaa ada!!! |
Dah makan, basuh pinggan sendiri la yer... |
Sekarang masuk sesi bergambar pula... |
Boys (Memanglah, xde girls pon dlm ni...) |
Girls |
Ubah venue, amek2 gambar kat fakulti pulak..Jom!!! |
Fakulti kitorang memang old |
Haha...best2, walaupon tak dpt balik raye, kitorg enjoy je!!!Padahal dlm hati sedih tak terkata...=) |
Di kesempatan ini, saya dan isteri atas nama peribadi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H... Buat yang menegenali diri ini, saya menyusun jari sepuluh mohon ampun maaf zahir dan batin atas salah silap tingkahlaku dan kata-kata yang tidak berkenan di hati...Saya juga mohon dihalalkan makan minum dan harta benda lainnya jika ada....Untuk makluman saya telah memaafkan dan menghalalkn bahagian anda2 semua, jadi jangan risaulah...
Sekian, wassalam...
Monday, August 29, 2011
Air Mata Syawal...
Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Artist : Siti Nurhaliza
Lirik Lagu : Siti Nurhaliza
Lirik Lagu : Siti Nurhaliza
Saturday, August 13, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Latest Update; KRS & SISIFO KoAS
Assalamualaikum w.b.t
Ke hadapan kawan-kawan FK-UH, SISIFO KoAS kita semua dah kena blok. Jadi silalah uruskan KRS anda untuk semester ini. Tarikh tutup pengurusan KRS pada 13/08/2011.
Follow step2 berikut (untuk Junior buat sampai step no. 6 sahaja) ;
Mulakan dengan Bismillah...
1. Online (kat rumah@warnet@mane2 jela)...
2. Isi form KRS online tu...
- Klik link kat sini
- Yang lupa password@ada problem log in jumpa Pak Resha kat ICT Centre Medika
3. Pergi Rektorat Lt. 3, uruskan bukti pembayaran SPP...
- untuk student ACMS batch 07, Shikin&Marry dah setelkan, jadi boleh skip step ni
4. Verifikasi kat Bag. Akademik Fak. Kedokteran.
- Cakap dah register online dan cakap nak verifikasi
- tunjuk bukti pembayaran SPP
5. Balik rumah, print form KRS yang telah diverifikasi sebanyak 5 copy
6. Hantar form KRS yang telah diprint dan dilengkapi kat Bag. Akademik
7. Jumpa Pak Resha, minta tolong activate balik SISIFO KoAS
8. Daftar masuk department untuk semester depan.
-Klik link kat sini
9. Selesai. Alhamdulillah
Ke hadapan kawan-kawan FK-UH, SISIFO KoAS kita semua dah kena blok. Jadi silalah uruskan KRS anda untuk semester ini. Tarikh tutup pengurusan KRS pada 13/08/2011.
Follow step2 berikut (untuk Junior buat sampai step no. 6 sahaja) ;
Mulakan dengan Bismillah...
1. Online (kat rumah@warnet@mane2 jela)...
2. Isi form KRS online tu...
- Klik link kat sini
- Yang lupa password@ada problem log in jumpa Pak Resha kat ICT Centre Medika
3. Pergi Rektorat Lt. 3, uruskan bukti pembayaran SPP...
- untuk student ACMS batch 07, Shikin&Marry dah setelkan, jadi boleh skip step ni
4. Verifikasi kat Bag. Akademik Fak. Kedokteran.
- Cakap dah register online dan cakap nak verifikasi
- tunjuk bukti pembayaran SPP
5. Balik rumah, print form KRS yang telah diverifikasi sebanyak 5 copy
6. Hantar form KRS yang telah diprint dan dilengkapi kat Bag. Akademik
7. Jumpa Pak Resha, minta tolong activate balik SISIFO KoAS
8. Daftar masuk department untuk semester depan.
-Klik link kat sini
9. Selesai. Alhamdulillah
Wednesday, July 20, 2011
Sunday, July 17, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)