Hanya kepada Allah seisi alam menyembah
Titip rindu pada sepoi bayu
Mengharung terjal berliku-liku
Medan berlumur darah
Derap tapak kuda mara
Tiada gentar jiwa syuhada
Maju mengharung luka
Infantri tidak menari
Baris-baris perisai pasti
Munajat doa senjata sakti
Jual sudah isi dunia
Buat membeli janji syurga
Tinggal cinta harta keluarga
Mahar Mardiah itulah dia
Baki waktu mentari tiada lagi
Komandan hati sepi ingin berlari
Semerbak semarak semangat Badar
Berteman kaveleri zuhud di Jabal Uhud
Mengutip semangat Hamzah
Mengenang Zaid di Medan Mut'ah
Pada Senja As-Syura Karbala
Husain bergelar syuhada
Dalam sujud dan tahajud
Sendiri berjanji, meminta sebagai hamba
Memohon syahid dijalan agama
Berkibarlah panji Ar-Rayyah
Mengotakan janji sebagai pejuang Allah
Dan kemudian syahid untuk terbang ke syurga
Untuk bertemu Rasul kekasih Allah
Insyallah...
Kepada dinda walau dimana berada
Harum mewangi kasihmu ditaman syurga
Sudilah apa kiranya menemani didunia sementara
Menjadi bidadari jalan jihad buat kanda
Ingatkan pesan dikala alpa tentang kita
Doakan kanda sentiasa
Buat anakanda yang tercinta
Usah berduka jika saatnya tiba
Ayahanda pergi menabur bakti untuk agama kita
Anakanda harus gembira kerana tak perlu mandikan jasad ayahanda
Menjadi pula wira kepada bonda setelah ayahanda tiada
Dan kemudian anakanda sambung perjuangan kita
Tinggalkan dunia yang menipu semata-mata
Sahabat dan teman teristimewa
Maafkan salah silap dan khilaf hamba
Dari dasar hati insan yang hina
Ku titipkan pesan-pesan jihad
Sebelum kita meninggalkan dunia
Semoga taqwa dan iman sentiasa ditaman hati
Mari melihat dunia dari dimensi syurga...
No comments:
Post a Comment