Cucu Si Adam, zuriat ibunda Hawa
Akulah penglipur lara berjuta ceritera
Dengarkan kalian, ku khabarkan suatu perkara
Tadi kulihat pada titis embun pagi
Tidak lagi harum wangi cantik berseri
Hembus nafasnya lemah bersama debar hambar
Kobaran api semangat membakar jiwa tiada
Padamkah sudah bahang jiwa membara?
Tinggalkan jihad hanya sekadar nama
Jauh sudah perjalanan kita
Tapi kini badai durjana semakin menggila
Goyang-goncang iman kerana dunia
Pecah musnah, batalkah JANJI syahadah kita?
Kufurkah pula bahtera indah istana syurga?
Hentikan derai tawa dan hilai gemalaimu
Seka segala sedih dan sendu,
Mari mengatur strategi baru
Meneruskan langkah-langkah gagah
Memperbaiki diri, persucikan nawaitu
Meninggalkan tahi-tahi dijalan itu
Pergi jahanam syaitan dan iblis beribu-ribu
Ayuh!!! Mencari sinar pelangi baru tanpa jemu
Mengganti harum Kasturi mewangi
Mengisi nyanyian irama taqwa di kalbu
Hei, kalian umat Muhammad,
Cucu si Adam, zuriat ibunda Hawa
Ingatlah ini pesanku buat kamu saudaraku
Khazanah terindah hanya dua tiada jemu
Al-Quran dan Sunnah sahaja pusaka Nabimu
Sematkan erat dikalbu selama hayat kau dan aku
Bahwa Janji Allah dan Rasul itu benar adanya buat seorang hamba
Moga aman bahagia hidup mati di sini, di sana, selamanya…
Subhanallah . . puisi atum penuh ma'na , menyentuh keimanan , and I like it's . . Ayuh!!! Mencari sinar pelangi baru tanpa jemu
ReplyDeleteMengganti harum Kasturi mewangi
Mengisi nyanyian irama taqwa di kalbu . salam dan terus berkarya.
Salam Perkenalan,
ReplyDeleteKhazanah ini kita baca, kita fahami, kita amalkan dan kita hebahkan.
insyallah...
Delete