Saturday, March 19, 2011

Selamat Pulang, Sahabat...

21.45 p.m - Jumaat, 18/3/2011 pesan ringkas seorang teman menyampaikan pemergianmu, sahabat. Cukup ringkas; seringkas pertemanan kita. Berulang kali aku mencari pasti, kerana ini bukan gurauan seperti yang selalu kau lakukan. Tidak main-main. Ini soal mati, Sahabat...

Kanan dan kiri aku bertanya, dan semuanya berkata sama; kau telah tiada. Aku tunduk, dan dengan terpaksa aku percaya seiring hati mengucap Innallilah...Tingkah lidah mengalunkan Fatihah, dilanjut doa teristimewa buatmu, Sahabatku...


Tawa riang, gurau senda terbayang. Saat aku betul-betul memerlukan teman, kau hulur jabat tangan persahabatan. Kala aku bosan, kita pergi jalan-jalan. Bila kita jalan berdua, tidak pernah lepas dari gelak ketawa. Kita berkongsi kisah dan cerita serta minat yang sama. Pengembaraan terakhir kita, pengalaman indah buat selamanya. Jatuh bangun, denai belukar kita harungi. Mencari subjek pasti untuk memori abadi. Mandi di sungai, membersih noda katanya. Ke gua, mau jadi sang petapa kononnya. Singgah ke masjid, jalankan kewajiban yang tak dilupa. Sebenarnya, kau ingin kita tadabbur alam bersama. Terima kasih, sahabat...

Kau masih ingat, saat kau meraikan hari jadi aku dulu?? Ketika teman-teman lain sibuk dengan urusan, kau jemput aku pergi makan. Habiskan ratus-ribuan untuk makan berdua. Penuh lauk-pauk semeja. Makan sakan sebab kau kata nak belanja, tapi aku yang kena bayar. Aku telah gembira hari itu, sahabat.

Ya itu, kali terakhir kita bergelak ketawa.
Perlahan dalam tawa dan gurau senda itu kau sematkan pesan. Sebelum, kau pulang ke tanah air dulu perlahan kau pernah berkata.."Entah dapat tak, kita jumpa lagi...Kalau tak dapat jumpa di dunia...Moga kita bertemu di syurga"...

Teman seangkatan pun berkumpul, mahu berdoa selamat. Aku datang ke majlis itu, tapi hairan yang menyapa. Kenapa aku disambut gelak ketawa di muka majlis doa?? Segera terbayang wajahmu menyeringai minta di pecah bersepai...Ciss...Rupanya kau bergurau lagi buat ke-sekian kalinya... Terbazir sudah air mata mengalir...Kau kira soal hidup mati kita, perkara main-main???Bengang pon adaaa!!!Mati tetap mati!!!!

Tidak mengapa...Kita masih punya hutang yang belum diselesaikan, sahabat..Akan aku teruskan perjuangan ini, menunjukkan kebenaran abadi...Merintis jalan buat memberi kefahaman antara yang percandaan dan keseriusan...Aku harap kau telah faham, sahabat...

Kepulangan dirimu tetap kami tunggu. Kawan dan teman semua telah bersedia menyambut kau kembali. Pulanglah dan mari kita bergelak ketawa lagi setelah kau diberi sepak layang serta terajang tanpa peri. Kami telah berani menegakkan kebenaran ini. Perkara mati dirasa hati, sahabat...Air mata yang mahal itu telah tumpah untuk sebuah lawak murah!!!Dan selayaknya ia dibayar dengan darah...

Selamat pulang, sahabat...

Akhirul Kalam, mu memang nak kene pijak!!!

1 comment:

  1. hahahahahahah, da best r daus, budak tu meme bengong,gilaaaaa. aku pun bengang sampai kalo boleh nak bg penyepak 400x. neway, korang dah hentam dia belum???????//

    ReplyDelete