Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!
Allahu Akbar Wa Lillahilhamd...
Allahu Akbar Wa Lillahilhamd...
Diam-tak diam hanya tersisa sedikit lagi jalanan disini
harus dilewati. Tidak mengapalah sudah tahun akhir aku di sini. Insyallah, the day I graduated from medicine is just around
the corner. Aminnn
Korban segala, usaha dan terus usaha. Doa, dan terus berdoa…
Nasib badan, dapat posting kat Dept. Obgyn time-time ni .
Al-hasil kena redha raya kat Makassar ni haaa. Baguslah, dapat cuti 3 hari kat Dept. Obgyn yg super duper
busy ini… Hehe…
Kawan-kawan semua balik kampung sudah. R33 pun sepi macam
xde penghuni.Jadi, kali ini raya dengan junior batch 2012 yang baru je 2
minggu datang sini. Lagi kesian kat diorang. Haha..
Hakhak.. cukup untuk intro. Cam biasa, malas nak menaip panjang. Cerita pakai gambar-gambar sudah. oOOpppps!!! Ada adengan 18 SG dalam entry ni. Sori, la eh. ______________________________________________________________________
Mari kita mulakan dengan Bismillah…
Petang raya. Semua student Malaysia kat sini kumpul-kumpul.
Buat bulatan gembira mereka.Suai kenal junior-senior. Silaturrahim. Adalah sesi curhat
dan nasihat-menasihati antara diorang ni. Pastu ada bagi-bagi tugas, taklimat program Sambutan Hari
Raya dan sebagainya.
Selesai acara bulatan gembira. Mula la buat kerja. Yang lelaki dapat bakar lemang, perempuan masak-masak.
Apa yang penting? Kerjasama!!! Haha.
Sebelah malamnya, ada acara main mercun sementara nak tunggu lemang masak. Takde amek gambar bunga api. Camera lowbatt.
Pagi raya.
Takbir sama-sama. Solat Sunat Eid dan Khutbah.
Selesai solat. Bermaaf-maafan. Macam abang dengan adik-adik gitu.
Makan-makan. Lemang, rendang ketupat, lodeh, kuah kacang... Macam-macam ada. Abes tu, amek gamba bersama-sama dengan batch yang tercinta. Muka sama tiap kali raya kat sini. Hakhak.
Selesai acara bergambar. Malas nak pergi photoshoot kat faculty sebab dah panas tahap gaban. Overexposure nanti jadinya. Memandangkan tahun ini xde invitation untuk mana2 open house, jadi kami telah melaksanakan aktiviti sendiri untuk menghilangkan kebosanan di hari raya.
Singkat cerita, 3 ekor kambing pun disembelih untuk dibuat santapan bersama. Ada junior tanya camni, "Bang, ni raya puasa ke raya Qurban eh?"... Haha, kitorang gelak ramai-ramai.
Entah macam
mana, tetiba seekor dari kambing-kambing itu telah didapati hamil. Usia
kehamilan tidak dapat dipastikan kerana HPHT kambing tersebut adalah
tidak jelas. Dari pemeriksaan fisik telah didapatkan TFU 3 jari dibawah processus xyphoideus... Leopold sangat tidak membantu. Haha, mulalah mencarut mengarut ni.
Confuse
gak nak sembelih ke taknak. Then, discuss and consult ustaz-ustaz yang
ada. At last, keputusan dibuat kambing bunting tersebut disembelih.
Lepas sembelih semua, lapah dan bersihkan kulit kambing-kambing. Decision dibuat untuk mengeluarkan baby kambing tersebut dengan Low Transverse C- Section. Insisi abdominal wall, peritoneum, vesicouterine serosa, myometrium, dan fetal membrane.
Keluarlah cairan amnion yang banyak. Jernih tanpa mekonium. Eksplorasi uterine cavity mencari fetal head dari kambing ini. Dapat, keluarkan. Potong umbilikus. Lahirkan placenta. Operasi selesai.
Alhamdulillah, ni la baby kambing tersebut. Belum viable untuk survive hidup. Kalau ikut kata ustaz, anak dalam kandungan binatang sembelihan halal dimakan kerana ia dikira mati kerana sembelihan yang dilakukan pada ibunya. Tapi kitorag tanam je baby kambing ni. Tak sanggup nak makan. Wallahu'alam.
Proceed bersih dan basuh kambing. Marinate dengan rempah ratus.
Acara dilanjutkan dengan memanggang kambing. Bila dah masak, rasanya sungguh sedap dan awesome. Huhu.
Cukuplah sudah untuk entry kali ni. Akhirul kalam, terima kasih buat semua yang telah sama-sama menjayakan program raya tahun ini. Korang memang best la... Buat adik-adik junior tersayang, beginilah cara hidup kami disini yang telah diwariskan sejak generasi pioneer kita disini dahulu. Marilah kita hidup dalam suatu komuniti yang sentiasa menjunjung tinggi martabat ukhuwah dan mahabbah. Moga-moga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah.