Alhamdulillah, this Camping&PhotoHunting program accomplished with Adventure Scale 9.5/10. Everything done very well as planned and scheduled. Special thanks to all participants.
So, there we were and here is the report.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Date : 16/ 06/ 2012
Location : Parang Loe Waterfall. (5°13'43"S 119°39'48"E)
Location : Parang Loe Waterfall. (5°13'43"S 119°39'48"E)
District : Bili-bili
Regency : Gowa
Province: South Sulawesi
Landmark : Bili-bili reservoir, Dinas Kehutanan, Gowa-Malino Road axis KM 41.
Program Manager: Daus
Assistant Manager: Akmal Arief
Co-ordinator: N3 Sebastian
Assistant Manager: Akmal Arief
Co-ordinator: N3 Sebastian
Contact Person : Azizan Ab
Navigator: Tengku Nur Shahril
Tentative :
06.00 am Assembly at R33
06.30 am Departure (R33-Parang Loe)
08.30 am Arrived at camp site/ Briefing and base camp setting
Usrah and Tazkirah by Ustaz Akmal
09.00 am Waterfall and butterfly Photohunting /Swimming
11.00 am Lunch preparation
12.30 pm Lunch and Zohor prayer
15.00 pm Buckle up for going home
18.00 pm Home
09.00 am Waterfall and butterfly Photohunting /Swimming
11.00 am Lunch preparation
12.30 pm Lunch and Zohor prayer
15.00 pm Buckle up for going home
18.00 pm Home
Division of duties
Tent and barbeque facilities : N3 & Daus
Camera, lens, CPL, and tripod : Zizan, Adam & Daus
Food and beverages: Adam & Shah
Map and track navigator + GPS : Shah
Chef + Cleaning Service: Akmal
Okey, cukup sudah bagian pendahuluan yang formal. Mari kita lanjutkan dengan bagian laporan yang tidak formal. Haha. Rasa macam makin hancuss je Englishku...=(
Pagi Sabtu yang cerah, kami berenam memulakan langkah. Dimulakan dengan doa Musafir, dan nawaitu suci untuk bermarhalah umpama Bocah Petualang yang gagah...Cewah!!!hakhak...
Ini first time kitorang nak pergi air terjun tersebut. Selama ni dengar-dengar dari orang jer. Macam-macam cerita. Tapi kebanyakannya kata BAHAYA.
Lepas Subuh, kumpul2 semua... Siapkan barang2, ape yang patut. Janji 6 setengah nak gerak, pukul 7 gak baru jalan. Biase la kan?? Briefing, final check-up, doa, dan jalan pun diredah.
Inilah track yg dilalui. Start: R33 - Perintis - Pertamina - Mtos - Adipura - Antang - Samata - Poros Malino - Empangan Bili-bili - Dinas Kehutanan - Parang Loe - Dinas Kehutanan - Empangan Bili-bili - Poros Malino - Samata - Antang - Adipura - Mtos - Pertamina - Perintis - R33 : End. Total jarak perjalanan lebih kurang 92 km.
Special part : Dinas Kehutanan - Parang Loe - Dinas Kehutanan. Track ni off road. Tanya2 orang kat situ sebelum masuk hutan, diorang cakap dekat je, dalam 2 kilo. Nah!!! Jalan punya jalan, tak sampai-sampai gak...Jalan batu-batu, lecak, semak samun dan curam... Tetiba tengah2 hutan tu ada rumah orang, disertai dengan bunyi lori tanah. Jumpa jalan raya pulak dah... Tuan punya rumah tengah hutan tu cakap kena patah balik dan nasihatkan berhati-hati sebab dah banyak orang mati kat air terjun tu...Aish...
“Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”
(Al Maidah: 23)
(Al Maidah: 23)
Jadi, Abang Shah selaku navigator pun buka map, on GPS kat Samsung Note beliau. Yes, kena patah balik sebab dah terlajak. Dekat la sangat. Ada la dalam lima kilo lagi. Mula-mula gagah pakai motor, lama-lama motor pun dah x larat sebab dah jauh sesat dalam hutan...haha... Kena la jalan kaki. Ilmu jungle tracking dipadu dengan semangat hiking kitorang pun sambung perjuangan. Kali ni lebih confident sebab refer GPS. Owh yeah!!! GPS ni sgt penting dalam hutan. Abang Akmal pun bagi score 9.5/10 untuk Adventure scale kali ni... haha
Dah berpeluh2 basah kuyup. Nasib baik jalan dalam hutan. Ada pokok-pokok. Redup dan teduh. Sangat tenang, damai dan tenteram. Berhenti rehat jap.
Pastu sambung jalan lagi. Jam di tangan menunjukkan 10.30 pagi. Satu jam setengah behind the schedule.
Sayup2 dengar bunyi air terjun..Gembira2...Tapi jalanan semakin mencabar. Makin curam dan terjal. alur turun setinggi 300 kaki, dengan sudut kecuraman 70 degree.
Dan akhirnya, kami pun tiba di lokasi tujuan. Air
terjun yang gah, tersergam begitu indah di tengah rimba belantara.
Masyallah, segala puji bagi-Mu, Ya Allah.Maha Suci Tuhan yang menciptakan.
Letak barang-barang. Set BaseCamp; pasang khemah. Hidupkan api.
Sambil rehat dan melepas lelah sementara tunggu arang jadi bara. Tazkirah hati berlangsung. Its not the mountain that you conquer, but its yourself. Semakin dekat kita dengan tujuan dan harapan kita, semakin banyak dugaan yang akan datang. Tiada jalan mudah untuk berjaya kerana kejayaan itu bukan tempat untuk dituju, ia adalah sebuah proses dan perjalanan yang panjang. Kita kena kuat dan tidak mudah menyerah kerana perjuangan kita tidak mudah.
Allah akan sentiasa bersama kita, selagi mana kita bersabar...
Disebabkan perut dah lapar acara dilanjutkan dengan sesi bakar-membakar. Ada nasi lemak, baked potato, sosej, sandwich, melon, ubi, ayam, dan ikan. Sangat sedap!!!!! Syukur, semua makanan just nice je masak. Takde yang hangus cam arang.
Abis makan, pegi berendam. Main2 air. Fuuyoooh!!! Best.
Amek2 gamba pulak. Sangat cantik, indah sugguh ciptaan Allah.
Tibalah masa untuk berehat-rehat dalam khemah. Solat Zohor dan kemudian Ar-Rahman pun dijamah. Berulang-ulang ayat sama dibaca yang mana Allah bertanya melalui kalam Qur'an.
" Maka, nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 13)
Hati ini menjawab perlahan; mana mungkin akan aku dustakan nikmat-nikmatMu, Tuhan.
15.30 pm. Niat hati taknak balik. Tapi apakan daya, Abang Shah dengan N3 Sabestian kena standby kat hospital malam ni. Haha, dengan berat hati, packing barang-barang. Kutip sampah-sampah. Dah bersih-bersih tempat semua, amek gamba for the last time.
Okey, jalan nak balik lapan kali lebih mencabar. Kalau masa datang tadi kena turun. sekarang kena naik. Panjat tebing. Really hiking. Pancit. Memang mantaplah. Dengan air minum semua dah habis. Dengan rasa haus dan dahaga yang amat, teringatlah pula ayat Al-Qur'an ini;
Tentulah jawapannya Allah. Pap!!! Direct je Allah bagi pengajaran. Sangat dalam, menusuk langsung ke jantung hati. Buang jauh riak, sombong, dan takabbur dari hati. Ayat-ayat dari Ar- Rahman tadi pula menyusul pantas.
" Maka, nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 13)
Kali ni lebih keras. Menghentak ego dan keakuan. Rasa macam kena lanyak. Tak terbayang macam manalah agaknya Rasullah S.A.W dengan Saidina Abu Bakar dulu hijrah dari Mekah ke Madinah dengan panas terik, padang pasir kering kontang. Saidina Husain pula mengembara dari Madinah sampai ke Karbala untuk tegakkan kebenaran. Sahabat-sahabat yang berjuang kat medan perang sampai syahid. Dan Salahuddin Al-Ayubi berapa jauh punya jalan nak takluk Constatinople. Padanlah iman mereka tinggi nilainya tak sebanding dengan kita-kita. Baru susah sikit dah mengeluh. Allahu Akbar!!!
Sungguh Allah maha hebat!!! Sedar, insaf. Diri hanyalah Hamba. Lemah dan tak berdaya. Aku syukuri nikmat-nikmat yang diberi, dulu kini dan nanti. Ibrah dari tadabbur alam yang menggoncang jiwa raga.
Perjalanan harus diteruskan, dan akhirnya dengan penat lelah tak terkata berakhirlah sudah pengembaraan kali ini. Semua selamat dan berjalan sesuai perancangan walaupun ada yang kurang. Biasalah, tiada perancangan manusia yang jalannya sempurna kerana sebaik-baik perancang dan penentu adalah Allah.
" Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Maka, sebaik-baik perancang adalah Allah"
(Al-Imran : 54)
(Al-Imran : 54)
Happy to be with you guys; Muhammad Akmal, N3 Sabestian, Azizan Ab, Adam Azizi, Tengku Shahril. Jazakallahulakuma khairan kasira...
Akhirul kalam, hepi-hepi jugak. Tapi Allah jangan dilupa. Wasalam...=)