Wednesday, August 31, 2011

Edisi Khas; Lebaran Di Perantauan 1432H


Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!
Allahu Akbar Wa Lillahilhamd...

 Gema Takbir menyapa penjuru semesta mengawali Syawal ini, dan melambai pergi perjuangan Ramadhan yang tidak pasti akan kembali... Segala yang ada di segenap jagat raya memuji- memuja Raja Sekalian Hamba. Makhluk rimba maupun kota dalam redha hati mengakui kebesaran dan keagungan Rabbul Jalal yang Maha kekal... Selawat salam buat Rasullah penunjuk jalan kebenaran...

Sayu, dalam sendu berlagu rindu... Kalimat keramat itu meniti dari bibir ke bibir seiring air mata anak rantau jatuh mengalir. Ketika insan lain menyambut hari raya bersama ayah, bonda dan keluarga tercinta kami di tanah asing tidak mencium tangan-tangan orang tua. Hanya berteman kawan dan taulan menyambut lebaran di perantauan. Kami teguh dalam suatu komuniti meraikan Aidilfitri buat mengubat duka lara hati sesama sendiri... Berdikari di atas kaki sendiri...

Ayah, bonda... Maafkan anakanda semua tidak tak dapat beraya bersama... Sungguh kuingin berulang manisnya bersama keluarga menyambut hari bahagia. Sayang, jarak memisahkan rindu pertemuan. Biar kita jauh di mata  tapi dekat dalam jiwa. Teguh kasihku pasti tidak berubah....  

Perjuangan untuk menggegam ijazah memanglah tidak mudah. Menumpang di bumi orang, mencari jalan yang terang.  Kerana ilmu kami di sini. Moga Allah permudahkan jalan dan urusan dunia ini... Amin.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Taknak cakap banyak sebab dah rasa sebak ni. Biarlah gambar yang bicara...=)

Junior 1st year yang baru datang dapat job bakar lemang pada petang raye....
Malam sket senior2 dan semua boys join utk try test quality control...Tengah panas2 sedap kot...
Setel part bakar lemang, skang time maen mercun dan bunga api...Meriam2 xde...

 
Dah macam New Year pulak rasenyer..
Solat Eid berjemaah dan khutbah (mane ade sembahyang raye sorang2 kan...)
Muka khusyuk dengar khutbah raye...
Makan2...Ketupat, rendang, kuah kacang, lemang semuaa ada!!!
Dah makan, basuh pinggan sendiri la yer...
Sekarang masuk sesi bergambar pula...
Boys (Memanglah, xde girls pon dlm ni...)
Girls
Ubah venue, amek2 gambar kat fakulti pulak..Jom!!!
Fakulti kitorang memang old skool school...Harap maklum...

Haha...best2, walaupon tak dpt balik raye, kitorg enjoy je!!!Padahal dlm hati sedih tak terkata...=)
Di kesempatan ini, saya dan isteri atas nama peribadi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H... Buat yang menegenali diri ini, saya menyusun jari sepuluh mohon ampun maaf zahir dan batin atas salah silap tingkahlaku dan kata-kata yang tidak berkenan di hati...Saya juga mohon dihalalkan makan minum dan harta benda lainnya jika ada....Untuk makluman saya telah memaafkan dan menghalalkn bahagian anda2 semua, jadi jangan risaulah...
Sekian, wassalam...

Monday, August 29, 2011

Air Mata Syawal...


Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah 

Artist : Siti Nurhaliza
Lirik Lagu : Siti Nurhaliza