Thursday, May 26, 2011
Sunday, May 8, 2011
Bachelor Grand Dinner
07/05/2011 - Aryaduta
After all, we have not being together for a while since the pack schedule task. But, last night was a great moment. Eating, talking, joking, and sharing few great things - its all about man's things...(malas nak cerita panjang2, usya jela gambar2 nih)...
This is our eldest brother - Ruq ...(garang dan ganas kan??)
Sebelah dia adalah assistant kanan - Kaduk...
Adam & Paan (cam adik beradik kan??)
This is Baby Din...(comel kan??)
Din jugak...In the back - Rashid The Coolest...
Then, come a relief for those worst day...
Alhamdulillah...=)
After all, we have not being together for a while since the pack schedule task. But, last night was a great moment. Eating, talking, joking, and sharing few great things - its all about man's things...(malas nak cerita panjang2, usya jela gambar2 nih)...
This is our eldest brother - Ruq ...(garang dan ganas kan??)Sebelah dia adalah assistant kanan - Kaduk...
Daus and Zizan (bukan pasangan gay, okay!!!)
Adam & Paan (cam adik beradik kan??)
This is Baby Din...(comel kan??)
Din jugak...In the back - Rashid The Coolest...Then, come a relief for those worst day...
Alhamdulillah...=)
Tuesday, May 3, 2011
Thousand Miles Of Internal Medicine...
Segala puji-pujian bagi Allah. Dan adalah Ia pada yang asal, Dia ialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa adaNya, dan tiada sesuatu jua pun kemudian. Dijadikan-Nya segala makhluk, maka akan dikembalikan pula kepadaNya. Naik saksi aku bahawasanya tiada Tuhan selain Allah maha Esa, dan tiada sekutu bagiNya. Bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya, lagi pesuruhNya.
Dan sebagaimana aku katakan,
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang daku di dalam gundah gulana
Barangkali bahasaku kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna...
*(Gurindam Pasal 5 bahagian Gurindam Dua Belas nukilan Raja Ali Haji)
Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya; dan suatu masa bahawa fakir ini telah melalui suatu pengalaman. Pada antara itu, hematnya mengatakan barang kita kongsikan kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala orang yang kemudian, dan boleh diingatkan segala mereka itu. Dan adalah semoga beroleh faedah ia daripadanya.
A' lam ketahui olehmu pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, telah ia melalui perjalanan kurang lebih dua purnama dan setengah di tempat yang bernama Dept. of Internal Medicine. Adapun didalam perjalanan ini terkandung banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan apatah lagi menjadi barang dagangan. Arakian tersebutlah bahawa di dalam pengembaraan yang panjang ini terdapat banyak ilmu-ilmu tiada ternilai harganya.
Dan daripada itu tersebutlah pula bahawa telah diperturunkan kepada dirinya ilmu-ilmu rahsia kitab perobatan penyakit dalam. Adapun ilmu ini adalah bagian dari alam perobatan yang menangani diagnosis dan penanganan organ dalaman tanpa bedah pada pesakit yang telah dewasa. Ketahui olehmu bahawa, di dalam ilmu penyakit dalam itu terkandung pula bermacam jurus dan bunga-bunganya. Yaitulah kardiologi, berurusan ia dengan gangguan jantung dan pembuluh darah; Endokrinologi, berurusan ia dengan gangguan sistem endokrin yang spesifiknya disebut hormon; Gastroenterohepatologi, berhubungan dengan bidang penyakit sistem pencernaan manusia; Hematologi, berkaitan dengan darah, organ pembentuk dan gangguannya; Infeksi dan Penyakit menular, berkaitan pula akan dirinya dengan penyakit yang disebabkan oleh agen biologis seperti virus, bakteri atau parasit dan semacam dengannya; Onkologi medik, berurusan dengan studi dan perawatan tumor dan cancer; Nefrologi, berkaitlah ia dengan fungsi dan penyakit ginjal; Pulmonologi, adalah pula bahagian penyakit paru-paru dan jalur pernafasan. Disudahilah akan semuanya itu dengan Reumatologi, tercurah ke diagnosis dan terapi penyakit rematik dan sendi. Maka akan terlalu banyak dan luas alam ilmu penyakit dalam ini, dan ada pula memberi gelar Interna akan ia.
Al-kisah, dalam masa purnama yang pertama itu pergilah fakir empunya ceritera ke tempat banyak orang-orang yang menderita sakit, Labuang Baji namanya. Daif sungguh pada keadaannya. Sampah dan najis ada dimana-mana. Semerbak bau menusuk. Tiadalah tahan akan dirinya. Sedih jiwa dan raga. Tambah pilu hatinya berkata tatkala malam pun tiba, ramai pula yang bergelandangan tidur di jalan-jalan menanti keluarga di ranjang perawatan. Beralaskan lantai dan apa adanya. Itulah kenyataan. Ditambah pula perawat-perawat yang pelik perangainya semua. Ada yang berlagak seperti raja, malas mahu bekerja. Tetapi ada pula antara mereka yang terlalulah elok budi pekertinya. Molek pula bahasanya.
Dini hari di waktu pagi, pawana menjelma. Bermulalah segalanya. Berbekal Littmann sang stetoskop hikmat, memeriksa dan memberi obat. Dan ketika tiada pasti, bertanyalah akan dirinya kepada dokter yang lebih tua. Setelah kemudian itu, diajarlah tentang beberapa perkara. Diperturunkan pesan dan rahsia khazanah perubatan. Selesai sudah, sebelah petang dan malam akan dirinya berjaga pula. Menerima gerangan penderita datang dari kejauhan atau barang keluhan. Begitulah seterusnya untuk barang satu purnama.
Kata sahibul hikayat, maka pada ketika itu tatkala dirinya menjalankan amanah tugasnya itu, ada seorang perempuan sakit menderita. Sangatlah parah akan keadaannya. Bernama penyakitnya itu ketoasidosis, yang demikian kata bijak pandai krisis gula pada darah puncanya. Nafasnya tersangatlah cepat, selayaknya Kussmaul. Beraroma keton seperti buah. Keringat dingin membasahi tubuhnya itu. Teramat gawatlah perempuan itu untuk beberapa ketika. Diguyur sudah, di infus sudah, di beri insulin juga sudah. Segala yang termaktub dalam kitab ilmu penyakit dalam diamalkan juga. Hanya giliran doa dan tawakal sebagai usaha. Dan ikhtiar terakhir tersuratlah CPR untuk beberapa ketika sehinggalah pasti pupil-pupil midriasis itu tidak lagi bereaksi akan cahaya, tekanan darahnya tidak terukur, nadinya juga tidak teraba, tiada berbalas pula bunyi nafasnya. Auskultasi hampa dengan degup jantung tiada. Maka, Rabbul Jalal juga yang Maha Berkuasa atas hambaNya. Pergilah perempuan itu buat selama-lamanya. Tidaklah tahu bagaimana perasaan empunya ceritera ketika terpaksa memberitahu ahli keluarga akan perkhabaran kematian itu. Syukurlah baik-baik akhirnya.
Arakian kemudian dari itu berpergianlah pula akan empunya ceritera ke tempat orang sakit yang baru, tanahnya berdaulah Islam, Faisal pula orang-orang memberi nama. Adapun tempat ini adalah ihsan kerajaan Saudi Arabia nun jauh di sana. Dan di sini pula bertemu pula akan dirinya akan orang sakit yang tidaklah dapat menggerakkan sendiri kaki tangannya. Riwayat dan hikayat yang berkenaan itu menyebutlah akan dia akan penyakit yang diderita. Periodic Paralysis Thyrotoxicosis gelarnya. Setelah darahnya di periksa ternyata kurang pada kandungan elektrolitnya. Tertegaklah diagnosis. Diberi obat penawar sakti dan diperbaiki keadaannya itu, maka dapatlah ia berjalan seperti semula.
Syahadan, dari sekian banyaknya orang-orang yang sakit itu ada seorang ayah yang amatlah kasihan akan dia. Adapun ketika waktu berjaga-jaga itu mengeluh akan dia bahawa sesak terdesak untuk bernafas dapatlah tidak. Berdampinglah empunya cerita dengan orang sakit yang disebutkan itu. Dilihat akan keadaannya itu, lantas hati empunya ceritera berkata bahawa semoga Allah bersama-samanya. Dari lembaran hitam sinar-X yang telah menembus dadanya, dimaklumi bahawa adapun paru-paru orang yang sakit itu musnah sudah. Hancur dan luluh akan ia. Destroyed Lung kata para sarjana.Pekhabaran keadaan itu segera pula dilaporkan kepada tetuanya. Pastilah sudah buat ke-sekian kalinya terpaksa akur pasrah menyerah. Kalah sebagai wajib seorang hamba merasa lemah. Empunya ceritera menganjurkan kalimah syahadah seraya memberi kata-kata tabah walau jiwanya goyah. Memandanglah isterinya yang hamil dan anak-anaknya itu dengan mata berkaca-kaca. Berbisiklah syahadah sang isteri pada suaminya menemani akhir hidupnya. Akan anak-anaknya itu memeluk erat tubuh lemah sang ayah tercinta. Apakan daya, segalanya tersurat sudah. Berpisahlah mereka buat selama-lamanya. Al- fatihah jua hadiah buat dirinya.
Dan kemudian dari itu, adalah pula seorang wanita dirawat pula akan dia dengan multiple organ failure. Maklumlah akan kalian yang membaca bagaimana kisahnya bersudah. Moga insaf dan taubat beraja di hati sesunguhnya kita semua hamba yang lemah, benarlah firman Allah di dalam kitabnya;
Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab. Tamat sudah kisah hikayat perjalanan diri itulah adanya. Gelarnya seorang Dokter Muda yang menyurat ini. Sekian, moga beroleh kita manfaat darinya. Bersama hembusan rindu dari Mangkasara' Bumi Karaeng. Wasalam.

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
Al-Ankabut 29:57
Biduk berlalu, kiambang bertaut. Adapun purnama berikutnya pulanglah kembali akan tuan punya blog ini ke pangkuan Wahidin tercinta. Setiap hari mencari pasti tekanan darah gerangan orang yang datang berobat. Bertanyakan barang apa ada masalah akan mereka. Dan di antara mereka-mereka itu banyak pula tinggi darah dan gulanya. Begitulah untuk beberapa ketika perjalanan hidup yang berliku-liku. Terkadang bersulam marah, terkadang terkena maki. Patah sayap kan bertongkat paruh, daka-daki ku daki jua. Moga Allah permudahkan jalan buat kita semua. Dan ingatlah bahawa dalam cita-cita mencari dunia, akhirat jangan dilupa. Moga syurga sentiasa menanti hamba yang sentiasa berjuang akan ia.
Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab. Tamat sudah kisah hikayat perjalanan diri itulah adanya. Gelarnya seorang Dokter Muda yang menyurat ini. Sekian, moga beroleh kita manfaat darinya. Bersama hembusan rindu dari Mangkasara' Bumi Karaeng. Wasalam.Daus M.D.
5 Mei 2011
5 Mei 2011
The Early Days
11/10/ 2010 - Dept. Of Radiology & Diagnostic Imaging
Awal pagi, aku keluar dari rumah dengan berbekal doa. Memulakan langkah baru di hari pertama menjalani tahapan klinikal, aku tidak tahu harus berbuat apa dan harus bagaimana. Aku pasrah. Sedia aku menanti. Dalam debar semangat yang berkobar-kobar, aku melihat kelibat berbaju putih mendekat. Aish, bahaya...
Blurr...Tidak tahu ingin berkata apa...Aku hanya duduk dan tunduk mendiamkan diri. Seseorang telah berdiri di hadapan ruangan memberi salam dan lantas memulakan kata-kata. Menerangkan aturan dan kegiatan yang harus aku jalani. Aku kurang jelas tapi apa yang pasti aku akan berada di sini selama 3 minggu... Ucapan perkenalan itu selesai dan kepingan- kepingan hitam satu-persatu bergantian diletakkan di kotak cahaya. Kelas bimbingan teori pun bermula..
Filem X-ray sudah di depan mata, menandakan perjuangan sudah bermula. Dengan skemanya, aku menumpukan titik fokus ke kotak cahaya(light box) itu... Berawal dengan sejarah X-ray, apa gunanya, apa pentingnya, proses pembuatan dan pemprosesan filem, dan bagaimana X-ray diinterprestasikan, sehinggalah sampai ke sesi diskusi...Bertanya jawab apa yang tidak pasti...Selesai sudah bahagian teori...
Selanjutnya, aku dan kawan-kawan pergi pula ke ruangan baca foto. Di sini, Light box memenuhi seluruh ruangan. Dokter-dokter duduk dihadapan filem-filem X-ray. Ada kira-kira 16 station semuanya...4 daripadanya adalah CT-scan... Setiap hari ratusan lembar X-ray harus di baca. Di sahkan normal atau tidak. Sesugguhnya itu bukan hal yang mudah...Aku duduk bersama dokter di salah satu station itu dan sama-sama membaca foto.
Mulanya aku tengok semua X-ray sama... Tapi lama-lama barulah aku faham dengan X-ray sahaja tanpa melihat patient kita boleh tahu apa sakit dia. Contoh, ada patient TB(Tuberculosis) yang kita cari pada X-ray Thorax adalah Ghon focus, consolidation, dan cavitation... Dengan benda-benda tersebut dapatlah ia menjadi penunjang kepada diagnosis. Setiap penyakit ada ciri khas bergantung kepada patologinya. Bukan setakat TB sahaja, ada pneumonia, pnemothorax, atelectasis, dan banyak lagi la...
Hari-hari seterusnya, aku belajar tentang X-ray abdomen, tulang-belulang, tengkorak, dan lain-lain. Minggu kedua, diajar bagaimana prosedur pengambilan foto, penggunaan kontras, USG, CT-scan dan MRI. Ikutlah radiographer buat kerja. Minggu ketiga, belajar tentang radiotherapy. Patient cancer yang dirawat menggunakan X-ray. Boleh tahan menarik juga.
Begitulah adanya cerita tiga minggu pertama aku bergelar Dokter Muda... Sekian...Moga bermanfaat adanya...
Wasalam...
Awal pagi, aku keluar dari rumah dengan berbekal doa. Memulakan langkah baru di hari pertama menjalani tahapan klinikal, aku tidak tahu harus berbuat apa dan harus bagaimana. Aku pasrah. Sedia aku menanti. Dalam debar semangat yang berkobar-kobar, aku melihat kelibat berbaju putih mendekat. Aish, bahaya...
Blurr...Tidak tahu ingin berkata apa...Aku hanya duduk dan tunduk mendiamkan diri. Seseorang telah berdiri di hadapan ruangan memberi salam dan lantas memulakan kata-kata. Menerangkan aturan dan kegiatan yang harus aku jalani. Aku kurang jelas tapi apa yang pasti aku akan berada di sini selama 3 minggu... Ucapan perkenalan itu selesai dan kepingan- kepingan hitam satu-persatu bergantian diletakkan di kotak cahaya. Kelas bimbingan teori pun bermula..
Filem X-ray sudah di depan mata, menandakan perjuangan sudah bermula. Dengan skemanya, aku menumpukan titik fokus ke kotak cahaya(light box) itu... Berawal dengan sejarah X-ray, apa gunanya, apa pentingnya, proses pembuatan dan pemprosesan filem, dan bagaimana X-ray diinterprestasikan, sehinggalah sampai ke sesi diskusi...Bertanya jawab apa yang tidak pasti...Selesai sudah bahagian teori...
Selanjutnya, aku dan kawan-kawan pergi pula ke ruangan baca foto. Di sini, Light box memenuhi seluruh ruangan. Dokter-dokter duduk dihadapan filem-filem X-ray. Ada kira-kira 16 station semuanya...4 daripadanya adalah CT-scan... Setiap hari ratusan lembar X-ray harus di baca. Di sahkan normal atau tidak. Sesugguhnya itu bukan hal yang mudah...Aku duduk bersama dokter di salah satu station itu dan sama-sama membaca foto.
Mulanya aku tengok semua X-ray sama... Tapi lama-lama barulah aku faham dengan X-ray sahaja tanpa melihat patient kita boleh tahu apa sakit dia. Contoh, ada patient TB(Tuberculosis) yang kita cari pada X-ray Thorax adalah Ghon focus, consolidation, dan cavitation... Dengan benda-benda tersebut dapatlah ia menjadi penunjang kepada diagnosis. Setiap penyakit ada ciri khas bergantung kepada patologinya. Bukan setakat TB sahaja, ada pneumonia, pnemothorax, atelectasis, dan banyak lagi la...Hari-hari seterusnya, aku belajar tentang X-ray abdomen, tulang-belulang, tengkorak, dan lain-lain. Minggu kedua, diajar bagaimana prosedur pengambilan foto, penggunaan kontras, USG, CT-scan dan MRI. Ikutlah radiographer buat kerja. Minggu ketiga, belajar tentang radiotherapy. Patient cancer yang dirawat menggunakan X-ray. Boleh tahan menarik juga.
Begitulah adanya cerita tiga minggu pertama aku bergelar Dokter Muda... Sekian...Moga bermanfaat adanya...
Wasalam...
Tuesday, April 12, 2011
Letter from Lover...
Surat-surat ini dikongsikan dari seorang sahabat... Macam biasa, identiti individu-individu berkenaan terpaksa dirahsiakan... Apa yang penting isi surat-surat tersebut sangat menyentuh perasaan dan banyak mengandung pengajaran...Jom kita layan...
Surat pertama dari pihak perempuan;

Kemudian dibalas oleh pihak lelaki;

Surat pertama dari pihak perempuan;

" Akhir-akhir ini, kenapa dengan awak. Saya bingung, ada masalah tentang saya? Sebaiknya kita bincang dimana salahnya? Bagaimana perasaan awak terhadap saya apakah masih seperti dulu? (SAYA SANGAT MENGHARAPKAN SEPERTI ITU), kerana saya betul-betul ingin menunggu. Jujur minggu lepas ada yang melamar saya tapi saya menolak dengan alasan saya sudah ada awak... Walaupun dulu awak pesan terima saja kalau sudah ada yang mahu sekiranya dia mampu membuat saya bahagia....Tapi saya tidak melakukan itu kerana saya betul-betul sayangkan awak.
Saya tak suka main-main..Saya sangat serius tentang kita. Tapi awak macam tak pernah kisah pasal saya. Awak tak pernah angkat bila saya call, SMS pun awak tak pernah reply. Sampai hati awak. Kenapa dengan awak ni...Tell me please??? saya sangat risaukan awak...
Saya minta maaf pada awak... Sudah lama saya ingin sampaikan warkah perpisahan ini pada awak. Waktu sebelum kita bertemu dulu, saya sentiasa mengatakan tidak pada lelaki. Tapi saya telah khilaf, telah jatuh hati pada awak. Maafkan saya. Saya harus menarik diri dari perhubungan cinta kita.
Setiap kali saya call dan SMS awak sebenarnya saya ingin beritahu tentang ini. Tapi awak tak pernah kisah. Saya susah nak cakap macam mane perasaan saya sekarang. Saya hanya ingin kita kembali ke jalan syariat yang sebenarnya. Saya dan awak masing-masing adalah orang yang mengetahui Ilmu Nya… Saya tahu kalau selama ini kita telah melakukan perbuatan yang dibenci Allah, ini semua kerana nafsu saya. Memang perhubungan ini sesuatu yang tidak sepatutnya kita lakukan. SAYA BELUM HALAL UNTUK AWAK, DAN AWAK BELUM HALAL UNTUK SAYA.
Both of us are Muslim. Saya sangat malu dan sangat menyesal. Saya bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi lagi jalan ini. Sebelum saya mengenal awak, saya memang dah tahu jalan ini salah. Perhubungan cinta di luar nikah itu haram. Tapi saya lakukan juga.
Hidup kita telah dirangkai indah oleh Allah. Jadi, saya tak perlu takut selama kita masih takut pada-Nya. Saya tidak takut dengan keputusan untuk tidak menyimpang dari syariat-Nya…Kini saya tahu menjaga diri, menjaga pandangan dan hati. Terima kasih pada awak. Saya akan dalami ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan saya gunakan untuk mendidik diri sendiri, keluarga, keturunan serta sahabat-sahabat saya. Kita sangat memerlukan ilmu ruhiyah untuk membuat kaki-kaki kita dapat tegak kembali demi berdirinya jasad dalam Redha- Nya.
Pertama kali saya jatuh hati pada awak adalah kerana solat yang awak dirikan. Tidak ada yang lain. Hanya itu yang membuat saya goyah. Ada cinta kepada Allah dihati awak. Saya tidak ingin mengikut nafsu lagi. Menuntut Allah agar dijadikan saya untuk awak ataupun awak untuk saya. Permohonan yang betul-betul salah. Kini doa terbaik saya adalah agar saya diberikan yang terbaik dan semoga awak juga demikian. Apakah saya atau siapa pun itu, jika tiba saatnya nanti itulah yang terbaik untuk awak.
Saya bukanlah yang terbaik untuk awak. Saya seorang perempuan yang lalai dari syariat sedangkan saya mengetahuinya. Saya menghargai awak sebagai seorang lelaki yang tahu menjaga batas sehingga saya menuliskan ini untuk melepaskan kegundahan dan kegelisahan hati. Afwan jiddan sebelumnya, jangan bimbang tentang saya. Saya akan menjaga diri dengan baik. Saya tidak mengetahui siapa yang telah tertulis di lauhul mahfuz saya, imam saya dan ayah dari anak-anak saya, seseorang yang akan bersama saya dalam perjalanan hidup ini nanti…saya akan sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi tulang rusuk bagi kekasih Allah nantinya dan ibu untuk buah hati saya…
Siapapun yang Allah berikan itulah yang terbaik untuk saya. Awak jangan takut, akan ada yang lebih baik untuk awak nanti. Saya percaya Quran selalu ada dalam hati awak, selalu terucap dari bibir awak...Saya percaya awak sedang menundukkan pandangan awak, menjaga hati dan menahan hawa nafsu… Saya tahu awak sudah merancang yang terbaik untuk diri awak. Semoga yang terbaik untuk awak dalam menciptakan sebuah keluarga Islami dan keluarga Qur’ani yg awak inginkan..
Insya' Allah...Saya doakan yang terbaik untuk awak agar ketika awak memiliki sekeping hati nanti, hati itu masih utuh sempurna dari seseorang yang terbaik diberikan Allah. Mungkin saat ini dia sedang mempersiap diri, untuk menjadi seorang Khadijah untuk awak yang menjadi tempat awak mengeluh resah… seseorang yang ada untuk awak ketika awak tak tahu lagi akan ke mana… seseorang yang menguatkan awak dan selalu menggenggam erat tangan awak dalam perjalanan jihad…
Ataukah seperti Aisyah, seorang yang membuat awak tersenyum dan kembali ceria saat lelah mulai datang, seorang yang membetulkan apa yang salah dalam perbuatan awak, seseorang yang mencintai awak dengan cemburunya. Yang awak rasakan sakitnya ketika dia disakiti, hingga awak katakan pada yang lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakiti dia”…
Ataukah nanti Allah memberikan awak seseorang seperti Fatimah, yang tak memberi setia cintanya pada yang lain.. Ataukah seperti ibunda Hajar, yang tak gentar saat awak tinggalkan dia sendirian di tanah tandus dengan seorang bayi yang suci..dia tidak takut akan kehilangan awak, kerana keyakinan pada Allah lebih besar daripada keyakinannya pada awak… cintanya pada awak, tak akan mengalahkan cintanya pada Allah…
Maka tetaplah dalam ketaatan awak..tetaplah dalam usaha awak..tetaplah dalam ikhtiar awak… Bersabarlah hingga saatnya nanti, awak dan dia pasti bertemu dalam ikatan suci yang menyempurnakan Iman…Serahkan semuanya, pasrahkan rela kita demi meraih redha-Nya."
Wassalam...

"Bismillah...
Ke hadapan adindaku yang tersayang...Maaf seribu kali maaf, kata-kata ini sama sekali tidak bermaksud untuk menyakiti atau melukai hati awak... Sesungguhnya saya benar-benar menyayangi awak semata-mata karena Allah...Tidak lebih dan tidak kurang dari itu...Tapi sayang, apa yang telah berlaku meletakkan kita sangat jauh dari jalan-jalan rahmat-Nya..
Maaf, saya juga insan lemah yang tak lepas dari dosa dan khilaf... Berat sungguh untuk mengatakan ini...jujur dari hati yang tulus, awak terlalu baik buat saya...Saya tidak layak untuk nilai yang terlalu baik itu... Awak, berhentilah menunggu dan berharap untuk apa yang kita tidak pasti...Jalanan kita masih panjang, masih banyak yang harus kita selesaikan...Sebagaimana yang pernah saya katakan dari awal pertemuan kita, saya tidak mahu memberi awak harapan dan saya tidak mau awak kecewa dengan harapan...
Saya tidak boleh meneruskan perhubungan ini.... saya takutkan Allah...Silakan awak mencari pengganti yang baru, yang seribu kali lebih baik dari saya... Yang boleh membuat awak bahagia, yang dapat menemani awak ke jalan Syurga... Mungkin untuk sekarang jodoh tidak ditakdirkan buat kita..
Awak, saya doakan awak bahagia dan selalu berada dalam pandangan Allah... Mulailah hidup baru dan lupakan apa yang telah berlalu... lupakan tentang kita...Saya insaf dan saya memohon taubat. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita... Saya tahu warkah ini pasti membuat awak tidak gembira, tapi ingat Allah adalah segala-galanya..
Saya mohon maaf atas salah silap saya sepanjang kita bersama....Mulai detik ini, saya dengan jalan saya dan saya silakan awak dengan jalan awak...Saya hargai pertemanan yang telah kita lalui, dan itu cukup bermakna untuk saya...Terima kasih atas segalanya, Sayangku..."
Sekian, wasalam

Subscribe to:
Posts (Atom)