Saturday, February 26, 2011

Let something be known...

Untuk semua yang tersayang;

"People will not know if they has not been told... And the only purpose of telling is to inform positively with certainty and confidence..."

Kadang kita terlalu banyak menyimpan dan berbicara pada diri sendiri. Berkata dalam hati yang sepi. Takut untuk mengatakan kebenaran, bimbang untuk meluahkan perasaan. Sering tiada keberanian untuk mengatakan yang benar.

Kita simpan dan kita diamkan kerana malu segan jadi alasan. Sampai bila sedu dan sedan harus dibiarkan di sudut perasaan? Kita cuma berharap Tuhan yang menentukan...Wajarkah?

Orang lain takkan tahu kalau kita tak beritahu. Orang lain akan terlanjur kalau kita tidak jujur.

Katakan.

Sampaikan.

Kalau pun apa yang kita sampaikan tidak mendatangkan faedah buat kita, mungkin ada guna dan manfaat untuk orang lain. Bukankah itu lebih baik??

Orang tidak faham dan tidak mengerti bukan masalah. Yang penting kita dah bagi tahu...

Kita tak punya waktu banyak, dan kita tak tau sempat atau tidak untuk menyampaikan atau mengatakan apa yang kita rasa. Apakah itu mungkin sekadar makluman atau juga hanya sebuah pesanan. Yang pasti, sebelum kita pergi kita pasti mahu orang yang kita sayang tahu bahwa kita menyayanginya...

Akhirul kalam... Berkata benarlah walaupun ia pahit.

Wednesday, February 23, 2011

Pesan Terakhir Pemimpin Agung....

Khutbah ini disampaikan Rasullah S.A.W pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU..."

Ketika Takdir Berkata Lain...



Bersama deru waktu berlalu
Beralun kisah pilu penuh sendu
Inilah sebuah al-kisah ceritera...

Ketika takdir berkata lain
Tatkala wilayahmu sepi tanpa realiti
Angan kukuh menjadi luluh dan jatuh
Terhias ngeri pada mimpi indahmu

Pecah dan musnah, binasa sudah
Berkeping guris luka hati terhiris
Pilu dan malu diwajah murammu
Bersama genangan berderai-derai
Tinta syahdu menghiasi tasik madu

Dan pada seri embun pagi
Tidak lagi menyeri taman hati
Terasa manis sepahit hempedu
Hembus nafas lemah bersama debar hambar
Kobaran api semangat membakar tiada
Padamlah sudah bahang jiwa membara

Ketika takdir berkata lain
Jangan kau pasrah mengadu
Menyalahkan anu dan itu
Mengemis kasihan, minta dibantu
Kau tidak longlai dan lemah begitu

Hentikan rintih tangismu
Seka sedih dan sendu
Teruskan langkah-langkah gagahmu
Meninggalkan tahi-tahi dijalan itu
Mencari sinar pelangi baru tanpa jemu
Mengganti harum Kasturi mewangi
Mengisi nyanyian irama sepi di kalbu mu

Usah kau bertanya bagaimana
Jangan kau soal pula mengapa
Kau hanyalah seorang hamba
Hina dan lemah dihadapan-Nya

Ketahuilah oleh dirimu
Kadang ujian datang menimpa
Kerana Tuhan masih kasih
Tuhan masih sayang padamu..

Jika mentari masih terbit esok hari
Pastilah di sini bukan akhirmu

Kau adalah wira di medan hidupmu
Kau pejuang setia
Perkasa melawan sengsara
Tiada gentar akan ranjau berliku
Kerana doa adalah senjatamu

Kau adalah nakhoda
Di samudera berbadai gelora
Kemudi layar ditanganmu
Bahtera hidup dalam peganganmu
Perintah dan titah di genggammu
Berlalulah haluanmu ke puncak jaya

Bangkitlah....
Bukankah nabi pernah bersabda
Orang beriman redha akan ujian
Berusahalah tanpa mengenal henti
Yakin dan pasti bersulam sabar menanti

Biar didunia kau payah dan susah
Membayar keringat dan darah
Syurga dan bidadari tetap menantimu
Serahkan semua, dan tersenyumlah
Kerana Tuhanmu adalah Allah...


Allahu Akbar!!!!

Thursday, January 13, 2011

The Delivery Story

Blogpost ini adalah pengalaman seorang clinical student…Dan, clinical student tu adalah aku…

Kisah bermula...Dalam ruangan diskusi Dept. Obgyn sebuah hospital…Sesaat sebelum delivery/partus seorang ibu…

Dr. Obgyn : You koas (co-assistant@clinical student) untuk delivery ni??

Clinical student : Ya, saya koas untuk partus ini dokter…Saya, first time terima partus…

Dr. Obgyn : I see…Takpe, your task; make sure the baby safe, I’ll take care about the mother…

Clinical Student : Saya tak confident la dokter…Selama ni, saya baca teori jer…Nervous ni…

Dr. Obgyn : Rileks…1st time memang camtu…Ini real situation…Beza dengan baca buku, sekarang kita pakai decision and action…Jangan blurrr…

Clinical Student : Jadi apa saya kena buat ni, dokter?

Dr. Obgyn : Alat untuk baby semua ade? Kamu tau neonates resuscitation kan?

Clinical Student : Semua ada…Glove, Suction, Neo-puff, linen, gauze,Vit. K, incubator, O2….Yer, saya tau tu…

Dr. Obgyn : Bagus..Kejap lagi saya tarik keluar baby tu, saya pass pada kamu…kalau dia tak nangis, paksa die nangis..tak nangis gak..terus resuscitate…buat macam dalam standard procedure...

Clinical Student : Fuh..camtu ker…

Dr. Obgyn : Yer la…Mudah-mudahan xde pape…Baby normal biasanya terus nangis… Kalau normal…Suction, pastu lap badan baby cepat..bedung...pastu inj. Vit. K. then, buat Apgar dan Ballard…Timbang, ukur panjang badan…Ada nurse yang akan assist kamu…

Clinical Student : Ok…

Datanglah seorang nurse entah dari mana memanggil kami semua yang berada di situ…Kami pun bergerak menuju bilik persalinan…Di situ ada seorang ibu, merintih sakit… Semuanya telah tersedia, lengkap untuk menyambut kelahiran bayi tersebut…

Dr. Obgyn : Kak, saya dokter…Saya nak tolong akak..jadi, akak kena dengar cakap saya…Bila saya kata push, akak teran kuat-kuat yer..

Ibu Hamil : Aduh….Sakit sangat ni dokter…tolonglah saya….Erghhhh!!!

Dr. Obgyn : Teran….Teran lagi..kak…Dah nak keluar dah ni…
Ibu Hamil : Erghhhh!!!

Dr. Obgyn : Mengucap kak...mengucap..Dah nampak kepala dah…Sikit lagi, kak…

Dipendekkan cerita, lahirlah seorang baby boy yang berlumur vernix caseosa bercampur darah secara spontan. Menangis, tonus otot baik, kulit berwarna kemerahan,tiada trauma lahir, tiada kelainan congenital… Membuat semuanya lega dan gembira…Syukur…Aku take over baby yang comel tu…Melakukan apa yang patut aku lakukan…Perasaan dalam hati bermacam-macam…Selesai semuanya, aku menyerahkan baby boy itu kepada ibunya…Si ibu menyambut dengan senyum gembira…Dr. Obgyn tadi entah ke mana…

Ibu Melahirkan : Dokter, boleh saya minta tolong??

Clinical student : Ape die kak???

Ibu Melahirkan : Tolonglah azankan anak saya ni…bapak dia da xde…

Clinical Student : Hmm..(menganggukkan kepala)

Ibu Melahirkan : Terima kasih…

Aku terdiam…Kelu lidah untuk berkata-kata…Perlahan aku alunkan kalimat-kalimat keramat di gegendang bayi suci itu…Aku serahkan kembali pada ibunya…Air mataku mengalir…Dalam hatiku berkata “Sabar yer, dik”…

Aku keluar dari ruangan itu…Melengkapkan laporan persalinan, dan kemudian meninggalkan tempat…Macam tu la aku rupanya masa lahir dulu…Kesian mak…Tapi lebih kesian kat baby tu…At least, aku masih ada ayah…Itulah pengalaman first aku sambut baby… Lepas tu aku kena terima banyak partus gak la…Aku lupa berapa jumlahnya…Tapi takde problem sangat sebab dah ade pengalaman…Aku pernah dapat baby asfiksia, rangsang taktil takde respon…Pastu suction kat situ rosak pulak…Yang manual takde…Kenalah bawak lari baby tuh kat wad sebelah…Kulit baby tuh dah warna biru, muka pucat giler….Tuhan jer yang tau perasaan aku masa tu…Berpeluh jantan aku waktu tuh…Lepas jer suction, baby tu nangis, kulit die jd merah…syukur…Yang paling aku tak boley luper, terima partus Gamelly(kembar)…Tu kenangan yang best..Dua beradik dan mak diorang tuh selamat…Punyer la gembira family diorang…Nenek diorang siap jemput kenduri lagi.

Seminggu kemudian, aku ditugaskan di NICU(Neonates Intensive Care Unit). Inilah part yang paling tough selama aku menjalani hidup di Dept. Of Paediatrics Di sini, semua baby bermasalah dan kritikal ditempatkan. Majoriti kat sini baby pre-mature…. Ada baby yg suke apneu. Tiap 3-5 minit, mesti alarm monitor bunyi…Kenalah pergi ingatkan baby tuh bernafas balik…Pastu kang ada pulak yang nangis…Nangis je keje…Nak minum susu…Aku buatkan susu…Kencing la, berak la…Aku dan kawan-kawan la yg tukar pampers diorang…Aku ngan kawan-kawan pernah tak tidur sebab jaga baby…Kesian kat baby2 tu sume…Mak kena tahan lagi kat ICU, ayah pegi keje, sedara-mara takde…Ada pulak antara diorang tuh anak haram…Semuanyer kami buat cam adik sendiri…

Pada usia 22 tahun…Aku dah paham kenapa kita kena jadi anak yang baik..Tak boleh lawan mak ayah…Aku dah tau kenapa orang kata “Syurga di bawah tapak kaki ibu”…
Pengorbanan, jerih payah mak dan ayah, tak boleh dibayar dengan duit ringgit...Kita cuma boleh bayar dengan menjadi anak yang baik…Dengar cakap mereka…Jadilah anak yang soleh dan soleha…Doakan mereka sentiasa…Semoga Allah redha dan permudahkan jalan kita semua…


Sekian…Wassalam…

Thursday, January 6, 2011

Hidup Adalah Penantian...

Blogpost kali nih dibuat atas dasar sebuah penantian..Aku letih menunggu..Aku dah penat berharap..Sementara menunggu dengan penuh harapan, aku pon mengisi masa dengan blogging.Haha, jadi takde la membazir masa kan?

Mereka berkata(aku tak pasti siapa mereka);
"Hidup ini penuh dgn penantian dan penantian itu adalah sebuah harapan..." Kesimpulannya, hidup dipenuhi dengan harapan...tapi masalahnyer, boleh ker kiter cuma hidup dengan penantian dan harapan???
let us think...


Sekian..